Sekolah Kebangsaan Sena

Mensasarkan Kejayaan

TintaGBAssalamu'alaikum Warahmatullah,

 
 

Segala puji bagi Allah, salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

 
 

Kebelakangan ini, majlis perhimpunan mingguan Sekolah Kebangsaan Sena jarang sunyi daripada upacara penyampaian hadiah, sama ada sijil, piala atau pingat kepada murid-murid yang mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Pagi ini, seperti biasa kita menyampaikan semula beberapa hadiah yang telah dimenangi oleh sebahagian murid, supaya kejayaan mereka menjadi contoh kepada murid yang lain untuk menanam azam mencipta kegemilangan yang sama untuk diri mereka pula. Pagi ini, senarainya  melibatkan pemenang-pemenang tempat kedua dan ketiga perseorangan dan beregu Tennis Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis (MSSPs) Bawah-12, tempat kedua dan ketiga perseorangan dan beregu Badminton MSSPs Bawah-12 dan  anugerah Penjaga Gol Terbaik untuk wakil SK Sena dalam kejohanan Bola Sepak MSSPs Bawah-12 yang menyaksikan pasukan PKP Kangar yang beliau wakili menjadi Johan. Seperti yang saya katakan kepada para guru dan murid hari ini, habuan daripada setiap kejayaan tersebut akhirnya pulang kepada murid yang berjaya. Sekolah tidak mengambil atau menyimpan apa-apa yang telah dianugerahkan kepada mereka, cukup sekadar menumpang bangga dan gembira. Tahniah dan terima kasih.

 
 

Satu kesimpulan yang dapat kita ambil daripada pengamatan tersebut ialah usaha yang gigih dan berterusan akhirnya akanPenjaga Gol Terbaik MSSPs 2010 membawa kepada kejayaan. Melalui perancangan awal dan persediaan yang rapi, hari ini senarai kejayaan keseluruhan SK Sena dalam pelbagai bidang mencecah 141 pencapaian, tanpa mengambil kira kejayaan-kejayaan yang masih belum direkodkan. Yang ingin saya tekankan di sini ialah, betapa pentingnya para guru memberikan perhatian yang serius dalam usaha kita membantu murid-murid untuk terus meraih kejayaan demi kejayaan pada masa hadapan. Kita sebagai guru bertanggungjawab untuk menetapkan dan menanamkan matlamat yang betul dalam diri setiap murid, agar mereka faham bahawa kejayaan yang mereka capai, dan usaha yang mereka lalui untuk mencapai kejayaan tersebut, bukan sesuatu yang terhenti setakat pertandingan yang mereka sertai semata-mata. Semua itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada usaha bersama untuk membentuk peribadi yang terpuji dan keyakinan yang tinggi dalam diri murid-murid di SK Sena. Kita juga bertanggungjawab untuk mengenalpasti potensi yang ada dalam diri setiap murid, serta berusaha untuk mengembangkan potensi tersebut ke tahap yang dapat membuahkan hasil. Tidak dinafikan, kadangkala sukar untuk kita melihat potensi yang tersembunyi tanpa kesanggupan daripada murid itu sendiri untuk menyerlahkan bakat yang ada. Disebabkan inilah, saya menyeru para murid untuk merebut peluang-peluang yang ada di SK Sena dalam memberi sumbangan kepada sekolah. Sebahagian daripada prasarana dan program yang disediakan di SK Sena tidak dapat dijumpai di mana-mana sekolah lain di Malaysia buat masa ini. Oleh itu, jangan sekali-kali peluang seperti ini dilepaskan tanpa sebarang usaha untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

 
 

Dengan rekod pencapaian dan kemenangan yang ada pada SK Sena hari ini, bukan sesuatu yang mustahil untuk kita terus berusaha mencapai lebih banyak kejayaan. Komitmen yang ditunjukkan oleh para guru dan murid apabila menyertai satu-satu pertandingan membuktikan bahawa kita sebenarnya mahu SK Sena terus gemilang. Seruan saya, jadikanlah usaha melalui perancangan yang bermatlamat serta latihan yang sistematik dan berterusan sebagai asas perjuangan kita dalam mengharumkan nama SK Sena hingga ke persada antarabangsa. InsyaAllah, kejayaan yang kita sasarkan akan datang, dan Dataran Sena tidak akan sunyi daripada menghargai para pemenang.

 
 
 
 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 
 
 

Saya yang menurut perintah,

 
 
ROSLAN BIN YATIM
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sena
Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia
 
 
 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers