Sekolah Kebangsaan Sena

Mengorak Langkah, Merebut Peluang

TintaGBSekolah Kebangsaan Sena merupakan sebuah institusi pendidikan yang sentiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran sekolah dan pelbagai kemudahan untuk membantu semua guru dan muridnya berusaha mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Kemudahan-kemudahan tersebut, sama ada infrastruktur yang dibina, mahupun peralatan yang diperolehi, datang daripada pelbagai sumber, khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perlis, serta daripada perancangan yang dibuat di peringkat sekolah. Hasil daripada kerjasama dan sokongan yang telah ditunjukkan oleh pihak-pihak tersebut, Sekolah Kebangsaan Sena hari ini mempunyai kebolehan untuk mencipta pelbagai ruang dan peluang baru untuk murid-muridnya melibatkan diri dalam aktiviti persekolahan mereka.

Bagi menyediakan khidmat bantu dan sokongan kepada warga Sekolah Kebangsaan Sena dalam melonjakkan kecemerlangan diri dan sekolah, pentadbiran SK Sena menjadikan proses membentuk minda guru dan murid sebagai minda yang sentiasa mendambakan kejayaan dan kecemerlangan sebagai sasaran utama dalam apa sahaja perancangan yang dilaksanakan. Tentu sekali, sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat dalam perkara ini selalu kami harapkan, dan tidak ternilai harganya bagi kami di SK Sena. Kemuncak yang kami impikan daripada semua ini ialah, akhirnya, seluruh warga SK Sena dapat menjadikan kecemerlangan peribadi dan organisasi sebagai matlamat yang tertanam dalam diri masing-masing.

Sebagai salah satu daripada usaha Sekolah Kebangsaan Sena untuk mencipta kegemilangan, pihak sekolah sentiasa mengambil peluang daripada program-program yang disediakan oleh pelbagai organisasi sama ada dari dalam mahupun luar negara. Melalui penyertaan dalam program-program sedemikian, SK Sena bukan sahaja dapat mempromosikan sekolah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan kepada pihak luar, malah yang lebih penting lagi, begitu banyak pengalaman dan pengetahuan baru dapat ditimba hasil daripada perkongsian dengan pelbagai pihak yang bergiat dalam pelbagai sektor di seluruh dunia. Pertukaran pendapat yang terhasil melalui perbincangan bersama peserta-peserta lain dalam program-program yang dijalankan telah dapat mencetuskan idea-idea baru untuk memajukan lagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti persekolahan di SK Sena.

Antara program-program yang telah disertai oleh SK Sena ialah Malaysia Open Source Conference (MOSC) 2010 anjuran OSDC.my dengan kerjasama MAMPU dan MDEC, satu persidangan peringkat antarabangsa yang menghimpunkan pembentang-pembentang pelbagai inisiatif melibatkan perisian sumber terbuka dari pelbagai negara. Wakil-wakil SK Sena hadir sebagai peserta dalam program tersebut, dan telah mendapat peluang untuk berbincang dengan pihak penganjur tentang kerjasama yang dapat dijalankan dengan SK Sena pada masa hadapan. Selain itu, bahan-bahan yang memaparkan program-program perisian sumber terbuka di SK Sena turut diterima sebagai sebahagian daripada bahan persidangan tersebut.

Kini, Sekolah Kebangsaan Sena mengorak langkah sekali lagi melalui penyertaan dalam OSS Day Kementerian Pelajaran Malaysia yang dijangka berlangsung di Putrajaya pada 12 - 13 Oktober nanti. Pihak sekolah telah membuat penyertaan sebagai pembentang kertas kerja, peserta pembentangan dan peserta pameran. Acara tersebut yang merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan kesedaran tentang kelebihan perisian sumber terbuka dalam kalangan warga kementerian turut mengundang pihak-pihak luar termasuk daripada sektor bukan kerajaan untuk turut serta. Sebagai salah satu daripada program kebangsaan melibatkan perisian sumber terbuka, SK Sena amat menghargai peluang kerana diterima untuk sama-sama berkongsi pengalaman dalam melaksanakan program-program galakguna perisian sumber terbuka dalam persekitaran pendidikan.

Satu lagi program kebangsaan yang disasarkan untuk 2010 ialah Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON) 2010 anjuran MAMPU dan OSCC dengan kerjasama MDEC dan PIKOM yang akan turut berlangsung di Putrajaya pada 2 - 3 November 2010. Tidak dinafikan bahawa MyGOSSCON, sebagai satu program yang dijalankan sendiri oleh kerajaan Malaysia, merupakan satu platform yang lebih besar daripada program-program sebelumnya, melibatkan wakil-wakil korporat, ahli-ahli akademik dan penggiat-penggiat IT, serta seperti OSS Day, menawarkan pelbagai aktiviti dan pertandingan untuk peserta-peserta daripada pelbagai peringkat. Penyertaan SK Sena sebagai pembentang kertas kerja dan peserta persidangan dalam MyGOSSCON pastinya dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama kepada pihak sekolah.

Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sena amat bersyukur atas begitu banyak ruang dan peluang yang telah dibuka kepada sekolah untuk meneruskan kecemerlangan dalam dunia yang pesat membangun. Bagi memastikan kami di SK Sena membuktikan kesyukuran tersebut dengan sentiasa merebut dan menggunakan semua peluang yang diberikan, pihak sekolah sentiasa berusaha mentadbir dan merancang kecemerlangan di semua peringkat, agar tidak ada di antara warga sekolah yang ketinggalan dalam arus kecemerlangan dan kegemilangan yang tidak pernah berhenti untuk sesiapa. Itulah yang menjadi pegangan kami di SK Sena, dan itulah yang kami amalkan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,
ROSLAN BIN YATIM
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sena,
01000 Kangar,
Perlis.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers