Sekolah Kebangsaan Sena

Bersaing Untuk Bekerjasama

TintaGBDalam tempoh seminggu yang lalu, beberapa acara besar telah berlangsung dan berakhir dengan kejayaan. Satu pasukan guru dan murid SK Sena telah melibatkan diri dalam FOSS Day yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis, dan pasukan yang sama telah bertolak ke Putrajaya untuk Murid SK Sena menyampaikan cenderahati kepada TPM semasa OSS Day 2010 di Putrajayamenyertai Hari Perisian Sumber Terbuka anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dua hari kemudian. Tiga hari selepas pameran di Putrajaya, seluruh warga SK Sena termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah mengadakan sambutan Hari Kokurikulum yang turut memaparkan Pertandingan Seni Merbah Jambul 1Malaysia dengan ratusan peserta dari seluruh Malaysia dan Thailand, serta Program Susu Dutch Lady yang menyaksikan pelbagai pertandingan dan sumbangan daripada badan-badan korporat untuk warga sekolah dan masyarakat sekitar.

Yang ingin saya simpulkan di sini ialah, usaha-usaha untuk membina kecemerlangan di SK Sena tidak pernah mengenal penat-lelah, dan tidak dimonopoli oleh satu-satu individu mahupun kumpulan. Sebaliknya, kejayaan dan kecemerlangan Guru Besar SK Sena bersama Dekan PPKKP UniMAP dan Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis di FOSS Day UniMAPialah untuk dikongsi bersama. Yang digalakkan ialah persaingan sihat antara seluruh warga sekolah untuk sama-sama memberi sumbangan kepada sekolah, negeri Perlis dan Malaysia. Pencapaian setiap warga Sekolah Kebangsaan Sena pada apa jua peringkat sekalipun bukanlah untuk dijadikan bahan permusuhan antara satu sama lain, dan bukan juga bahan untuk memburu nama dan status serta menimbulkan hasad dengki dalam kalangan warga sekolah. Soalan yang sepatutnya ditanya di SK Sena ialah "Apa yang boleh saya berikan kepada SK Sena?", dan bukannya "Apa yang boleh SK Sena berikan kepada saya?".

Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, guru-guru dan murid SK Sena telah membuktikan bahawa melalui kerjasama yang erat dan ikhlas untuk memajukan sekolah, serta dengan sokongan, peluang dan kepercayaan daripada semua pihak, mereka bukan sahaja dapat melaksanakan tugas sebagai guru dan murid, malah mampu bekerja dan menghasilkan produk yang bertaraf dunia. Ini kerana pendidikan bukan sekadar apa yang terdapat dalam sukatan dan huraian sukatan pelajaran, tetapi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan sendiri menetapkan bahawa pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sehubungan itu, kami di SK Sena sentiasa berhempas-pulas untuk membangunkan dan mengembangkan pelbagai domain di samping aktiviti bilik darjah, agar lebih ramai murid dalam memainkan peranan masing-masing untuk memberi sumbangan.

Sekolah Kebangsaan Sena kini boleh dikatakan telah berjaya mencapai tahap yang diiktiraf di peringkat yang tinggi, dan usaha-usaha terus dilakukan bukan sahaja untuk mengekalkan tahap tersebut, malah untuk meningkatkan lagi Wakil SK Sena dalam Malaysia Open Source Conference di Kuala Lumpurkecemerlangan sekolah. Pada masa yang sama, kami juga berhasrat untuk menghulurkan sumbangan kepada warga pendidikan; untuk membawa rakan-rakan seperjuangan ke tahap yang sama atau lebih tinggi. Persoalannya, adakah pihak-pihak berkenaan bersedia untuk turut serta dalam usaha ini? Tidak dinafikan, setiap sekolah mempunyai acuan dan kaedah tersendiri untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan. Salah satu inisiatif yang mungkin dapat dilaksanakan ialah dengan menjadikan sekolah-sekolah yang telah mencapai tahap kecemerlangan yang diiktiraf di Malaysia, sama ada sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan atau Sekolah Berprestasi Tinggi sebagai penanda aras, agar setiap sekolah mempunyai kayu ukur untuk menilai pencapaian semasa masing-masing. Melalui kaedah ini, setiap sekolah akan dapat menetapkan sasaran yang perlu dicapai, dan melaksanakan program-program pembangunan yang praktikal dan realistik untuk mencapai sasaran tersebut.

Akhir sekali, saya sekali lagi menyeru semua pihak agar menanam semangat untuk bersaing secara sihat dalam diri masing-masing, yang akhirnya akan membuahkan kejayaan secara menyeluruh untuk warga pendidikan di negara ini. Melalui persaingan yang sihat, kejayaan satu-satu pihak akan menjadi batu loncatan kepada pihak yang lain untuk turut berjaya, tanpa menjatuhkan semangat juang dan keazaman untuk merebut kecemerlangan. Marilah kita semua bangun bekerjasama untuk mengusahakan kecemerlangan diri, sekolah, dan yang lebih penting daripada itu semua, murid-murid yang akan mewarisi negara ini satu hari nanti.

Salam hormat,
ROSLAN BIN YATIM
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sena

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers