Sekolah Kebangsaan Sena

Mengukuhkan Asas Untuk Meneruskan Kecemerlangan

TintaGBSesi persekolahan 2010 kini menghampiri penghujungnya. Bagi kami di Sekolah Kebangsaan Sena, 2010 telah kami lalui dengan pelbagai pengalaman dan cabaran yang tidak dapat dilupakan, dan yang akan menjadi batu loncatan kepada seluruh warga sekolah untuk terus maju ke hadapan, berdasarkan apa yang telah kami pelajari.

Bersama guru dan murid SK Sena semasa menyertai pameran OSS Day KPM 2010 di PutrajayaSemasa menyampaikan amanat pembukaan sesi 2010 setahun yang lalu, saya telah mengumumkan visi sekolah yang baru: “Sekolah Kebangsaan Sena daripada Sekolah Kluster Kecemerlangan kepada Sekolah Berprestasi Tinggi”. Bagi saya, dan bagi kami semua di SK Sena, visi baru tersebut bukan sekadar satu retorik yang menggambarkan keprihatinan kami terhadap program-program Kementerian Pelajaran Malaysia semata-mata, tetapi menjadi asas kepada setiap gerak kerja yang kami jalankan di SK Sena. Setiap program dan aktiviti yang kami laksanakan adalah berpandukan kecemerlangan dan profesionalisme yang dituntut dalam standard Sekolah Berprestasi Tinggi. Ringkasnya, melalui visi tersebut, kami berhasrat untuk membawa SK Sena ke tahap yang lebih cemerlang pada setiap masa.

Hasil daripada penghayatan guru dan murid terhadap cara berfikir dan bekerja yang diperlukan untuk melonjakkan sekolah ke tahap yang tertinggi, beberapa kejayaan yang luar biasa telah dapat dicapai pada tahun 2010. Selaras dengan amanat yang telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dan pegawai-pegawai beliau semasa lawatan kami ke Cyberjaya November yang lalu, antara ciri kecemerlangan yang perlu disasarkan ialah melaksanakan sesuatu yang belum pernah dilaksanakan oleh pihak lain, dalam perkara-perkara yang dapat memberi manfaat kepada warga sekolah, khususnya para pelajar. Antara kejayaan tersebut ialah penyertaan guru dan murid SK Sena dalam OSS Day Kementerian Pelajaran Malaysia dan Persidangan Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MyGOSSCON) 2010 di Putrajaya yang merupakan program-program peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, tahun 2010 juga turut menyaksikan termeterainya perjanjian-perjanjian kerjasama dengan beberapa agensi di seluruh negara. Antara agensi yang dimaksudkan termasuklah Open Source Competency Center (OSCC), MAMPU di Cyberjaya dan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, selain rangkaian kerjasama yang telah sedia wujud antara SK Sena dengan Universiti Malaysia Perlis, Universiti Sains Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Kepakaran dan pengalaman yang ada pada agensi-agensi tersebut menjadi sumber yang amat berharga untuk mengembangkan lagi program-program sekolah pada masa hadapan.

Sesi persekolahan 2011 kini menjelang tiba. Apa yang bakal kami tempuhi sepanjang sesi persekolahan baru ini adalah mustahil untuk diduga. Namun, yang pasti, kami meletakkan harapan dan impian untuk terus berusaha memajukan SK Sena. Kami bercita-cita untuk mencipta lebih banyak kejayaan demi kejayaan berdasarkan asas yang kukuh dan kecemerlangan yang telah kami capai dalam tahun-tahun sebelumnya. Saya percaya, berbekalkan keikhlasan dan kesungguhan, seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sena kini bersedia untuk melangkah masuk ke sesi 2011 dengan penuh keazaman dan keyakinan untuk terus menjana kecemerlangan.

Salam hormat,
ROSLAN BIN YATIM
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sena

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers