Sekolah Kebangsaan Sena

Menghargai Penghargaan

TintaGBHari ini, Sena.FM sekali lagi mengumumkan catatan milestone terbaru dalam perkembangan infrastruktur internet SK Sena. Lima bulan yang lalu, siaran Sena.FM bergema di seluruh kawasan sekolah mengumumkan tentang kunjungan ke-100,000 di laman web rasmi Sekolah Kebangsaan Sena, www.sksena.edu.my. Jumlah itu tercapai setelah laman web ini mula beroperasi secara rasmi pada awal tahun 2009. Kini, setelah lima bulan berikutnya, pengumuman yang sama berulang kembali untuk memaklumkan seluruh warga SK SenaMilestone 200000 kunjungan ke www.sksena.edu.my pada 27 Jun 2011 tentang kunjungan ke-200,000. Sasaran tersebut sebenarnya dicapai enam bulan lebih awal daripada jangkaan. Bagi kami di SK Sena, kegembiraan yang dirasai hasil daripada pencapaian ini kami susuli dengan kesyukuran. Kepada para guru, staf sokongan dan murid yang menjadi sumber bahan paparan web SK Sena selama ini, anda merupakan sebahagian besar daripada pencapaian ini. Kepada para pengunjung laman web rasmi SK Sena, jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kami ucapkan. SK Sena akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti dan bahan penyampaian web rasmi sekolah. Kami juga berdoa agar terus dikurniakan dengan kejayaan dan kecemerlangan dalam apa sahaja yang kami ceburi pada setiap masa.

Sebahagian daripada pembaca mungkin masih tertanya-tanya, apa faedahnya ditonjolkan jumlah kunjungan laman web ini? Terdapat berjuta-juta laman web di luar sana, dan semuanya menerima pengunjung setiap hari. Jawapan yang dapat saya berikan, laman web rasmi SK Sena merupakan medium kami untuk menyebarkan pelbagai maklumat, khususnya tentang aktiviti-aktiviti dan program-program yang kami sediakan untuk warga sekolah serta masyarakat sekitar. Jumlah pengunjung yang sentiasa menunjukkan peningkatan merupakan salah satu bukti bahawa maklumat-maklumat penting tentang perkembangan sekolah telah dapat disampaikan kepada masyarakat dan para stakeholder kami, sama ada dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Jabatan Pelajaran Perlis mahupun Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini juga merupakan salah satu faktor kenapa kami amat mementingkan supaya maklumat dalam laman web kami sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Selain itu, kami turut menggunakan laman web sekolah sebagai salah satu sarana untuk menyampaikan penghargaan kepada semua warga SK Sena yang telah mengharumkan nama sekolah di pelbagai peringkat. Apa sahaja kejayaan warga SK Sena, kami umumkan kepada dunia. Bukan untuk menunjukkan kesombongan, tetapi untuk meraikan segala penat-lelah dan keringat warga sekolah yang tidak pernah mengenal putus asa dalam memperjuangkan institusi pelajaran mereka ini. Disebabkan itu, kami bergembira kerana anda sebagai pengunjung laman web ini menjadi sebahagian daripada penghargaan tersebut. Terima kasih sekali lagi.

Saya percaya, semua pihak yang telah terlibat dalam menyumbang kepada kandungan laman web ini akan terus berbuat demikian dengan lebih gigih pada masa hadapan. Ini termasuk beberapa organisasi dan institusi luar yang telah mewujudkan begitu banyak peluang kerjasama dengan SK Sena seperti Kerajaan Negeri Perlis, Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Open Source Competency Center (OSCC), Malaysia Development Corporation (MDec), Universiti Malaysia Perlis, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan Jabatan Pelajaran Perlis. Tidak dilupakan juga rakan-rakan jaringan kami dari dalam dan luar negara. Segala aktiviti dan program yang telah kita jalankan bersama menjadi antara bahan kandungan yang paling menarik perhatian dalam laman web ini. Pesan saya, mari kita jadikan milestone ini sebagai perangsang kita membina azam dan mengukuhkan tekad untuk terus bersama-sama memajukan lagi perkembangan pendidikan di SK Sena khususnya, dan di Malaysia umumnya.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

ROSLAN BIN YATIM
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sena
01000 Kangar
Perlis
www.sksena.edu.my

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers