Sekolah Kebangsaan Sena

Satu Pasukan, Seribu Kecemerlangan

Tinta GBSesi persekolahan 2012 akan bermula secara rasmi dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Sesi 2011 berlalu bagaikan sekelip mata. Dalam kesibukan kita berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan, setiap detik menjadi terlalu berharga untuk dibazirkan dengan kelalaian dan perkara remeh-temeh yang tidak membuahkan sebarang hasil. Seperti kata-kata yang tertera di dinding SK Sena untuk tatapan kita Sewaktu menerima hadiah Pemenang Pertama Anugerah MyGOSS Tahun 2011 daripada Ketua Pengarah MAMPU, Dato' Zabidi Zainal. Pertandingan tersebut disertai oleh pelbagai agensi Sektor Awam di Malaysia.setiap hari: Manusia Rajin Mencari Jalan, Manusia Malas Mencari Alasan. Atas hikmah yang terkandung dalam ayat tersebut, saya ingin mengajak kita semua sama-sama melangkah ke sesi persekolahan 2012 dengan penuh azam untuk terus berusaha meningkatkan mutu pendidikan di SK Sena.

Dalam sesi 2011, SK Sena telah berjaya meneruskan tradisi kegemilangannya dengan beberapa kejayaan di peringkat yang tinggi. Sejak dari awal tahun lagi, beberapa orang guru dan murid sekali lagi menyertai Festival Akademik Wichianchom yang diadakan di Songkhla, Thailand. Selain itu, sebilangan warga SK Sena juga telah menduduki ujian pensijilan International Grades, Open Technologies (INGOTs) yang berpusat di United Kingdom dan dikendalikan di Malaysia oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris. Murid SK Sena juga menyertai pertandingan What's Your News? anjuran British Council, UK dan pertandingan lukisan digital sedunia yang dianjurkan secara maya dari New York, USA. Salah seorang peserta SK Sena telah mendapat tempat dalam senarai Top-20 dan menerima hadiah saguhati dalam pertandingan tersebut. Di peringkat kebangsaan, pasukan Sena Jumpers (lompat tali) SK Sena telah berjaya menggondol hadiah kemenangan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Universiti Malaya di Kuala Lumpur. Pasukan futsal wanita dan bola jaring SK Sena muncul johan Karnival Sekolah Kecemerlangan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah. Murid SK Sena, Nadine Qathira mewakili negeri Perlis dalam pertandingan Spell-It-Right dan CHAMPS Knowledge Discovery peringkat kebangsaan. Pembentangan tentang inisiatif Sumber Terbuka SK Sena di MAMPU, Cyberjaya berjaya mendapat tempat pertama dalam Anugerah MyGOSS yang diadakan dan disampaikan buat julung-julung kalinya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Dua daripada tiga video terbitan MEDIASENA pula memasuki senarai Top-10 daripada lebih 100 penyertaan dalam Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia. Terbaru, pasukan angklung SK Sena mengambil bahagian dalam Festival Muzik yang diadakan di Sekolah Kebangsaan IJ Convent, Johor Bahru. Pemain-pemain perseorangan dan beregu tennis SK Sena juga berjaya menjadi naib johan dalam dua pertandingan peringkat kebangsaan.

Bagi SK Sena sendiri, beberapa program telah berjaya kita anjurkan dengan penuh gilang-gemilang, sama ada dengan niat untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama warga pendidikan yang lain, mahupun untuk meraikan kejayaan-kejayaan yang telah kita capai bersama. Pertandingan OpenOffice.org peringkat negeri dan kebangsaan yang diadakan di Universiti Malaysia Perlis memberi peluang kepada fasilitator MEDIASENA untuk menyampaikan kemahiran yang ada kepada rakan-rakan mereka dari sekolah-sekolah seluruh negara. Begitu juga dengan Perlis Open Source Exhibition yang diadakan untuk menyampaikan manfaat dan kelebihan-kelebihan Perisian Sumber Terbuka kepada masyarakat. Malah, Majlis Anugerah Cemerlang SK Sena tahun 2011 turut diadakan secara besar-besaran serentak dengan Majlis Anugerah Program Permuafakatan UniMAP - SK Sena untuk menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus membangunkan SK Sena sebagai salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia. Semua pencapaian ini selaras dengan slogan yang kita paparkan di Dataran Sena: Kejayaan Anda Bermula Di Sini.

Saya percaya bahawa kita telah menetapkan satu penandaaras yang amat tinggi pada tahun 2011 yang perlu kita kekalkan dan tingkatkan sepanjang 2012. Tanggungjawab untuk memastikan matlamat tersebut tercapai tergalas di atas bahu seluruh warga SK Sena. Setakat mana kita bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut bergantung kepada sikap, mentaliti dan budaya kerja yang kita amalkan sebagai warga Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia. Marilah kita sama-sama bergerak sederap kaki untuk membawa sekolah, anak-anak murid dan diri kita sendiri ke arah kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Marilah kita sama-sama menetapkan azam dan minda untuk berusaha memberikan peluang yang seluas mungkin kepada setiap warga SK Sena mencipta pencapaian masing-masing. Marilah kita sama-sama mencurahkan seluruh tenaga, samaada dalam bentuk intelektual mahupun fizikal, untuk menjayakan semua yang telah kita rancang untuk 2012. Yang paling penting, marilah kita sama-sama menjadi manusia yang mampu menyediakan penyelesaian kepada setiap masalah yang dihadapi, dan bukan menggunakan masalah sebagai alasan untuk lari daripada cabaran yang kita harungi. Manusia Rajin Mencari Jalan, Manusia Malas Mencari Alasan.

ROSLAN BIN YATIM
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sena
01000 Kangar, Perlis
Malaysia
www.sksena.edu.my

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers