Sekolah Kebangsaan Sena

Bila Gendang Dipalu

TintaGBEdisi khas sempena 1/2 juta kunjungan ke laman web rasmi SK Sena.

Sejak tinta terakhir saya semasa pembukaan sesi persekolahan 2012 yang lalu, SK Sena telah meneruskan tradisi kegemilangannya tanpa mengenal penat dan lelah. Pelbagai kejayaan yang terus dicapai sehingga ke peringkat antarabangsa menjadi saksi kepada segala usaha, semangat dan kegigihan yang ditunjukkan oleh seluruh warga sekolah, siang dan malam. Dalam bidang ICT dan multimedia, SK Sena berjaya meraih tempat dalam pameran dan pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Baru-baru ini, saya berpeluang untuk berangkat ke Kota Kinabalu, Sabah, hasil daripada lantikan yang diberikan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap SK Sena sebagai AJK Dokumentasi rasmi program-program Sekolah Kluster Kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tentunya, yang lebih menggembirakan saya dalam hal seperti ini ialah peluang yang terbuka kepada murid-murid yang terlibat untuk terus melatih diri menjadi warganegara berprestasi tinggi.

Lebih penting lagi ialah agar pelbagai peluang kecemerlangan yang ada dalam dunia hari ini tidak terhenti hanya setakat sebuah sekolah serta sebilangan murid dan guru di negara ini. Salah satu aspirasi utama pembentukan Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah untuk menjadi contoh kepada sekolah-sekolah di dalam dan di luar kelompok yang sama (rujuk definisi Sekolah Kluster pada laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia: http://www.moe.gov.my/?id=117). Malah, sebahagian Sekolah Kecemerlangan di Malaysia sebenarnya mampu menjadi contoh kepada organisasi dan masyarakat di sekitar sekolah tersebut. Oleh itu, sepatutnya tidak menjadi sesuatu yang menghairankan apabila kami sebagai sebuah sekolah, mahupun saya secara peribadi mengajak semua pihak untuk sama-sama bergerak ke arah kejayaan yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Apabila kami mencanangkan kejayaan-kejayaan yang kami capai, bukan menjadi tujuan kami untuk menyombongkan diri dengan kejayaan-kejayaan tersebut. Sebaliknya, yang kami harapkan ialah agar semua pihak berlumba-lumba untuk menyamai dan mengatasi pencapaian berkenaan. Apabila kami menerbitkan sesuatu berita tentang program yang kami anjurkan, tidak sekali-kali kami berhasrat untuk menunjukkan kehebatan kepada sesiapa, jika ada sebarang kehebatan dalam apa yang kami lakukan. Hanya untuk berkongsi idea dan pengalaman yang mungkin boleh diikuti oleh mereka yang mempunyai minat yang sama. Matlamat agung daripada semua ini ialah agar kita semua berusaha sehabis daya untuk membuka seluas-luasnya peluang kecemerlangan kepada murid-murid yang kita kasihi. Apalah sangat yang ada jika segala yang kita laksanakan, kita lakukan untuk kepentingan diri semata-mata. Faedahnya tidak akan sampai ke mana-mana, kecuali setakat seorang atau dua individu sahaja. Tetapi keringat yang kita curahkan kepada anak didik kita sebenarnya akan menjadi legasi yang berterusan, jauh selepas kita menutup mata.

Sedar atau tidak, kitalah sebenarnya yang harus menjadi pemangkin utama dalam proses tersebut sebagai guru dan pegawai pendidikan yang diberi tanggungjawab untuk memacu proses pendidikan negara. Benar, ada pepatah mengatakan bahawa kita sebagai guru hanya boleh membuka pintu, dan murid-muridlah yang perlu mengambil langkah yang pertama. Tetapi, sedarkah kita bahawa selepas pintu tersebut dibuka, kita perlu terus memimpin dan membimbing murid-murid kita untuk terus melangkah, dan bukannya membiarkan mereka terpinga-pinga tanpa mengetahui arah tuju, dan tanpa memiliki kelengkapan yang sempurna. Dengan kata lain, proses pendidikan dan pelajaran tidak pernah terhenti, bahkan berterusan dalam apa sahaja aktiviti yang kita laksanakan. Jangan kita sempitkan makna pembelajaran dan pengajaran kepada penyampaian di dalam bilik darjah semata-mata. Tanpa menidakkan kepentingan proses tersebut, pembelajaran dan pengajaran sebenarnya berlaku di mana-mana sahaja, selagi wujud interaksi antara kita dengan murid-murid kita dalam apa sahaja situasi dan suasana. Marilah kita sama-sama menyumbangkan kebijaksanaan dan tenaga untuk menjadikan sekolah dan institusi pendidikan negara sebagai tempat di mana kecemerlangan dicipta, dan sebagai tapak di mana kejayaan dibina. Bukan hanya untuk menunggu arahan menjalankan tugas semata-mata. Marilah kita sama-sama menjadikan setiap sen yang kita terima benar-benar bermakna.

Tidak dinafikan, dalam setiap usaha yang kita laksanakan, pelbagai cabaran pasti akan kita tempuhi. Sudah menjadi lumrah, lebih hebat pengorbanan yang kita lakukan, lebih dahsyat dugaan yang mendatang. Ada masanya, cadangan-cadangan yang kita berikan dibalas dengan senyuman sinis dan pelbagai alasan yang tidak mempunyai tujuan lain selain memperkecilkan. Ada masanya, kita seolah-olah tidak dihargai oleh pihak-pihak yang terdekat dengan kita, sedangkan seluruh umat manusia dari dalam dan luar negara memberikan pelbagai sokongan dan dokongan untuk kita terus berjaya. Dalam menghadapi semua ini, harus sentiasa kita ingat bahawa jika idea yang kita berikan cukup bernas dan ikhlas untuk kegemilangan anak-anak didik kita, usaha gigih yang kita lakukan untuk merealisasikan idea tersebut sudah cukup untuk membanggakan kita, tanpa perlu mengambil kira pandangan-pandangan yang tidak membina. Wajib juga untuk kita sedar, bahawa tidak ada satu pun yang kita lakukan, kita laksanakan kerana inginkan penghargaan secara peribadi. Cukuplah senyum dan tawa riang murid-murid yang berjaya sebagai hadiah yang paling berharga. Cukuplah bagi kita, insan yang berkeyakinan tinggi dan berperibadi mulia sebagai bukti kegemilangan bersama. Persoalannya sekarang, apabila gendang dipalu, siapa di antara kita yang akan ikut bersama? Jika gendang itu gendang tarian, siapa yang akan ikut menari sederap irama? Dan jika gendang itu gendang perang, siapa yang akan ikut berjuang? Apabila seruan bergema, siapa yang akan bangun dan melaungkan bersama dengan satu suara? Jawapannya ada pada setiap seorang daripada kita.

 

ROSLAN BIN YATIM
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sena
01000 Kangar, Perlis
Malaysia
www.sksena.edu.my

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers