Sekolah Kebangsaan Sena

Membenarkan Kebenaran

DSC01440Sekolah Kebangsaan Sena ialah salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia. Ini merupakan satu fakta yang tidak dinafikan, berdasarkan pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2008 yang telah mengangkat 15 buah sekolah menengah dan 5 buah sekolah rendah seluruh negara ke status tersebut. Untuk memenuhi pengiktirafan berkenaan, pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang telah dirancang untuk memanfaatkan sepenuhnya segala kelebihan yang ada dalam spesifikasi Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Sehingga hari ini, lebih 20 aktiviti jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan - Institut Pendidikan Tinggi Awam berjaya dijalankan antara SK Sena dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis. Satu rekod yang amat kami banggakan, bukan disebabkan bilangan yang besar, tetapi kerana peluang yang kami berikan kepada warga sekolah untuk memajukan diri melalui pendedahan kepada cara belajar, kaedah bekerja dan infrastruktur yang terdapat di institusi-institusi tersebut. Terbaru, SK Sena telah mewujudkan hubungan kerjasama rasmiSAM 3234 dengan UniMAP dalam bidang rekacipta dan inovasi melalui inisiatif Kelab Jurutera Tunas Muda dan ENVEX Young Researchers Club (EYReC), satu program yang mensasarkan pencapaian hingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, pihak sekolah turut menganjurkan pelbagai latihan, bukan sahaja untuk warga SK Sena, malah untuk masyarakat sekitar. Pada masa yang sama, guru dan murid SK Sena sentiasa digalakkan dan diberi sokongan untuk melibatkan diri dalam program-program dan pertandingan di pelbagai peringkat, termasuk bersaing dengan rakan-rakan sebaya dari seluruh dunia.

Bagi saya sendiri sebagai Guru Besar, dan mewakili para Penolong Kanan serta guru-guru di SK Sena, kami merasai sepenuhnya peranan dan jawatan yang telah diamanahkan kepada kami. Bagi kami, jawatan yang kami pegang di sini tidak pernah menjadi satu kelebihan, dan tidak pernah menimbulkan rasa bongkak dalam diri kami. Sebaliknya, kami sentiasa sedar tentang tanggungjawab yang perlu kami pikul setiap hari. Beban yang kami galas sememangnya tidak ringan, tetapi itu tidak bermakna kami menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak melaksanakan amanah tersebut sehingga ke akhir daya dan usaha. Dan keinsafan yang sama kami rasai apabila menganggotai pelbagai jawatankuasa di peringkat kawasan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, sama ada sebagai penganjur, atau sebagai tetamu yang dijemput. Dalam setiap penyertaan, saya sendiri selalu menggalakkan staf saya untuk mengutarakan kebenaran dan memementingkan fakta apabila menyampaikan buah fikiran, dan kebenaran ialah sesuatu yang mesti diterima oleh semua pihak. Hanya dengan menerima kebenaran tentang kekuatan dan kelemahan diri kita sendiri, kita akan dapat memenuhi program-program yang dirancang dengan pengisian yang dapat membantu membawa kecemerlangan sekolah. Kegagalan kita untuk bersifat kritikal terhadap produk kita sendiri akan menyebabkan kita gagal merancang dan melaksanakan dengan sempurna. Ini sebenarnya salah satu faktor kenapa kita ketinggalan jauh di belakang dalam sesetengah isu, khususnya dalam bidang pendidikan, ketika ada pihak lain di negara ini sudah lama melangkah jauh ke hadapan.

Sekiranya kita mampu bersikap objektif dalam menilai diri sendiri dan proaktif dalam menetapkan arah tuju, saya yakin, kita berupaya melaksanakan amanah yang diberi sebagai warga pendidikan sehingga ke tahap yang tertinggi, seterusnya memberi pulangan yang lumayan kepada sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan yang lebih penting lagi, kepada sistem pendidikan negara itu sendiri. Ini telah kami buktikan dalam kerjasama yang kami jalankan dengan pelbagai organisasi di negara ini, sama ada di dalam mahupun di luar bidang pendidikan. Selain program-program jalinan dengan universiti seperti yang saya sebutkan DSCN1581di awal tadi, SK Sena telah menjayakan beberapa aktiviti bersama Kerajaan Negeri Perlis, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Dalam Mesyuarat ICT Negeri pada hujung tahun 2012, pihak Kerajaan Negeri Perlis bersama MAMPU, SKMM dan beberapa lagi organisasi peringkat kebangsaan telah bersetuju untuk sama-sama menganjurkan International Competition in OSS Multimedia (ICOM), sebuah pertandingan multimedia berdasarkan Perisian Sumber Terbuka yang dijangka melibatkan sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh dunia. Kami di SK Sena sentiasa bersyukur dan berterima kasih atas sokongan hebat yang telah ditunjukkan, dan kami dengan penuh rendah diri menyedari bahawa tanpa kerjasama sedemikian, pelaksanaan program-program kecemerlangan sekolah akan menjadi jauh lebih sukar.

Yang ingin saya tekankan di sini ialah bahawa pencapaian sedemikian tentunya serba-sedikit dapat menjadi sebahagian daripada kebanggaan sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kita semua dapat menjadi sebahagian daripada kebanggaan tersebut jika kita mampu menerima kebenaran yang disampaikan oleh mana-mana pihak dari dalam dan luar organisasi, sama ada baik atau sebaliknya, dan berusaha meningkatkan tahap pencapaian kita berdasarkan nasihat dan teguran yang kita terima. Adalah lebih menguntungkan bagi kita untuk bersikap terbuka dan profesional dalam menerima maklumbalas, samaada positif mahupun negatif, tanpa sebarang syak wasangka terhadap pihak-pihak yang memberi pandangan. Saya juga amat mengharapkan agar kita dapat membentuk kerjasama erat dalam bidang pendidikan seperti jalinan yang kami bentuk melalui pelaksanaan konsep Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia di SK Sena.

ROSLAN BIN YATIM
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sena
01000 Kangar, Perlis
Malaysia
www.sksena.edu.my

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers