Sekolah Kebangsaan Sena

Kebebasan Untuk Pendidikan Moden

Tinta GBFalsafah Pendidikan Kebangsaan menyebutkan bahawa "Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu...". Untuk menjadikan usaha tersebut sebagai realiti, sukatan pelajaran persekolahan negara ini telah dibentuk agar dapat mendorong murid-murid menjadi manusia yang harmoni, serta mempunyai keperibadian yang cemerlang secara holistik, bukan hanya dalam akademik, malah dalam aspek intelek dan kemanusiaan. Kementerian Pendidikan Malaysia melalui inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan sentiasa mengkaji dan menambahbaik kandungan pendidikan yang disampaikan kepada para pelajar dalam usaha untuk menarik minat terhadap ilmu pengetahuan, serta membentuk suasana dan budaya berteraskan kepintaran dan akal yang rasional dalam kalangan rakyat negara ini.

Salah satu inisiatif utama yang telah dilaksanakan, dan masih lagi dilaksanakan secara berterusan dalam proses penambahbaikan tersebut ialah memberikan lebih kebebasan kepada sekolah untuk melaksanakan program-program kecemerlangan yang dirasakan dapat meningkatkan potensi murid dalam pelbagai bidang. Kebebasan yang diberikan secara terpimpin ini datang dalam bentuk autonomi kepada sekolah untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang mungkin tidak dilaksanakan secara rasmi oleh pihak kementerian, tetapi mampu mendatangkan hasil yang lumayan dalam bentuk anugerah, sijil dan kredit kepada murid, guru dan sekolah,Bersama murid-murid SK Sena mewakili Malaysia serta memenangi Pingat Emas dan 2 Anugerah Khas dalam pameran inovasi di Macau khususnya di peringkat yang tinggi.

SK Sena sendiri telah beberapa kali menggunakan peluang berdasarkan autonomi Sekolah Kluster Kecemerlangan untuk melibatkan pihak sekolah dalam acara-acara yang biasanya tidak disertai oleh sekolah, atau mungkin kurang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah, tetapi terbukti telah meningkatkan tahap pengiktirafan pelbagai pihak, sama ada agensi kerajaan mahupun swasta kepada sekolah, dan melalui sekolah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri. Pada tahun 2011, SK Sena merupakan sekolah pertama di Malaysia yang menjadi Johan Anugerah MyGOSS anjuran MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. Dalam kemenangan tersebut, SK Sena juga merupakan agensi pertama dalam negara ini yang memenangi anugerah berkenaan sejak ia diperkenalkan, dan masih lagi satu-satunya sekolah yang mengambil bahagian. Tahun 2012 menyaksikan murid-murid SK Sena terlibat sebagai fasilitator ICT dan petugas media yang bertanggungjawab membantu menyampaikan kemahiran-kemahiran khusus dalam bidang teknologi kepada kumpulan sasaran sehingga peringkat dewasa. Tahun ini, anak-anak didik kami di SK Sena sekali lagi membuktikan keupayaan mereka apabila berjaya meraih empat Pingat Emas dan empat lagi Anugerah Khas dalam pameran-pameran inovasi dan rekacipta di dalam dan luar negara, dalam pertandingan yang sebahagiannya hanya mempunyai kategori Sekolah Menengah / High School, University dan Agency kerana tidak ada pasukan lain dari mana-mana sekolah rendah di seluruh dunia yang mengambil bahagian. Tahun ini juga, SK Sena merupakan finalis kepada pertandingan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) kategori Anugerah Inovasi ICT (AIICT), dan masih menunggu keputusan akhir dalam majlis yang akan diadakan tidak lama lagi. Pemenang-pemenang anugerah yang sama untuk tahun-tahun sebelum ini antaranya ialah Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Semua ini tidak akan dicapai jika pihak sekolah hanya dibenarkan dan disokong untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang diterbitkan oleh satu pihak, tanpa kebebasan untuk memperkembang potensi warga sekolah dalam perspektif yang lebih luas, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang saya sebutkan tadi.

Dalam memastikan bahawa kebebasan yang diberikan kepada sekolah ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, semua pihak yang terlibat perlu memainkan peranan masing-masing dengan penuh dedikasi dan ketelusan. Guru-guru yang bertanggungjawab mengendalikan program-program dan peruntukan berdasarkan autonomi harus Murid SK Sena sebagai fasilitator Creative Content Challenge Perlis 2012 dalam sesi lawatan ke KRU Studiosmembuat perancangan rapi untuk memastikan program-program yang akan dijalankan benar-benar dapat menghasilkan impak yang tinggi, serta memberi faedah yang sebenar kepada para pelajar. Pentadbir sekolah pula memegang amanah untuk memastikan bahawa program yang dijalankan tepat seperti yang dirancang agar kebebasan yang diberi tidak disalahgunakan. Pada masa yang sama, pihak yang membuat pemantauan, sama ada di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri mahupun kementerian perlu memberikan ruang kepada pihak sekolah agar autonomi yang diberikan benar-benar dapat dilaksanakan tanpa dibebankan dengan proses birokrasi berlebihan. Sekiranya semua ini dapat dilakukan di setiap peringkat, konsep persekolahan di Malaysia akan dapat dilonjakkan ke tahap yang lebih hebat, malah mungkin dapat menyaingi sistem pendidikan negara-negara maju satu hari nanti.

Tidak dinafikan bahawa tidak semua sekolah di negara ini berada dalam sistem Sekolah Kecemerlangan (Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi), dan dengan itu tidak mempunyai autonomi seperti yang saya sebutkan di atas. Namun, ini tidak bermakna sekolah-sekolah yang berada di luar kelompok tersebut dihalang daripada melaksanakan program-program kecemerlangan mereka sendiri. Dalam dunia yang semakin mengecil hari ini, terdapat pelbagai program yang dianjurkan di seluruh dunia yang dapat disertai tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan walaupun sedikit. Yang diperlukan hanyalah komitmen dan kesediaan pihak sekolah untuk bekerja lebih masa dan membanting lebih keringat untuk membuka peluang kepada murid-murid kita mengubah persepsi diri, serta membentuk generasi yang mempunyai kekuatan untuk berdiri sama tinggi dengan masyarakat dunia. Selain itu, sekolah-sekolah turut dianjurkan secara berterusan supaya berusaha mencapai pengiktirafan dan meraih autonomi sendiri. Ketika saya menghadiri kursus kepimpinan sekolah yang dikendalikan oleh Institut Aminuddin Baki (AIB), seorang profesor dari University of Waikato, Hamilton, New Zealand menegaskan betapa pentingnya sekolah-sekolah di Malaysia beroperasi dengan lebih terdesentralisasi, iaitu mengurangkan keterikatan kepada agensi pusat dalam pengurusan dan pelaksanaan program-program persekolahan.

Bagi kami di SK Sena, hanya ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan yang dapat kami sampaikan kepada semua pihak yang telah membantu melonjakkan sekolah sehingga ke kedudukannya hari ini, dan kami mengharapkan agar sokongan dan kerjasama yang telah diberikan dapat diteruskan tanpa henti. Usaha-usaha yang telah kami jalankan selama ini juga tidak akan ditamatkan. Selagi murid-murid yang menjadi pelanggan utama kami sentiasa bersilih-ganti, selagi itulah amanah untuk menjadikan mereka sebagai produk terbaik yang terhasil daripada sistem pendidikan Malaysia akan terus terjunjung di bahu dan terus tersemat di hati kami.

 

ROSLAN BIN YATIM
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sena

 

Tinta Guru Besar ini merupakan terbitan khas sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013 Peringkat SK Sena.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers