Sekolah Kebangsaan Sena

Berdiri Di Pentas Dunia

Tinta GBHari ini, 11 April 2014 waktu Malaysia, statistik lawatan ke laman web rasmi SK Sena mencecah bilangan 2 juta kunjungan. Hari ini juga, rakaman pencapaian inovasi SK Sena sedang disunting untuk siaran Laporan Khas Radio Televisyen Malaysia. Pasukan tarian dan angklung SK Sena sedang bersedia untuk persembahan di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-81 di Kem Tun Razak, Pulau Pinang. Bidang kebitaraan ICT SK Sena, atau S.E.N.A CyQUEST sedang dalam proses untuk melancarkan ICOM, pertandingan video peringkat dunia bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kerajaan Negeri Perlis dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pasukan penyelidik muda SK Sena pula dalam perancangan untuk membentangkan projek inovasi mereka di hadapan Presiden Amerika Syarikat dalam sesi lawatan beliau ke Malaysia kelak.

Semua yang saya sebutkan itu ialah maklumat terkini tentang perkembangan aras tinggi sekolah yang telah dan akan berlangsung dalam tempoh seminggu atau dua dari tarikh artikel ini ditulis. Jika ini merupakan ucapan “State of the Company” bagi mana-mana badan korporat multinasional, barangkali senarai berkenaan menjadi bahan-bahan yang paling awal dibentangkan, kerana ia melambangkan tahap pencapaian semasa syarikat. Pada masa yang sama, pihak sekolah dengan bimbingan dan usahasama UniMAP sedang berusaha membentuk jaringan kerjasama strategik yang baru bersama agensi-agensi kebangsaan seperti FINAS, MDeC dan banyak lagi sebagai tambahan kepada hubungan aktif yang telah sedia dibentuk sebelum ini.

Jika dilihat secara kasar, sebahagian pihak mungkin berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti yang dijalankan itu ada yang tidak berkaitan dengan aktiviti persekolahan, atau mungkin memiliki pandangan bahawa pihak sekolah tidak menanggung sebarang tanggungjawab untuk melaksanakan program-program sedemikian. Tetapi kita tidak boleh lupa bahawa kita memegang amanah dan tanggungjawab untuk membuka seluas-luasnya peluang kepada anak-anak didik kita untuk menyerlahkan potensi mereka sehingga ke tahap yang tertinggi. Kita juga perlu sedar bahawa apa sahaja aktiviti dan program yang mencapai matlamat tersebut adalah amat relevan dengan keluasan konsep “Pembelajaran dan Pengajaran” yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Persoalannya, adakah kita berani untuk mencabar kemustahilan? Adakah kita sanggup meluangkan masa, mencurahkan tenaga dan mengorbankan wang ringgit untuk mencipta kecemerlangan di luar kebiasaan? Bukan untuk saya, bukan untuk kita, tetapi untuk generasi masa depan yang akan mewarisi negara ini daripada tangan kita satu hari nanti.

Atas nawaitu tersebut, hari ini saya dan seluruh warga SK Sena dengan rela hati menjalankan tugas di luar portfolio dan masa kerja hakiki, dengan harapan agar murid-murid yang menjadi produk sekolah ini melangkah keluar dari SK Sena dengan kesedaran dan azam untuk memacu negara ke arah 2020. Pada masa itu, warganegara kita sudah sepatutnya mempunyai kekuatan untuk bersaing dengan lebih hebat di pentas dunia. Pada masa itu, sudah sepatutnya mereka menjadi insan yang mempunyai intelek dan kemahiran yang jauh melangkaui apa yang kita miliki sekarang. Pada masa itu, mereka sepatutnya menjadi bukti dan justifikasi kepada penat-lelah dan jerih-payah kita hari ini.

Dengan niat tersebut, SK Sena menyertai, malah menganjurkan sendiri program-program yang mengajar anak-anak didik kami untuk bersaing dengan rakan-rakan sebaya dari seluruh dunia, agar mereka tidak menjadi seperti rusa masuk kampung dalam dunia yang benar-benar tanpa sempadan pada masa hadapan. Dengan impian tersebut juga, saya mengajak kita semua agar sama-sama memberikan sokongan dan lonjakan kepada anak-anak murid kita di seluruh Malaysia supaya mereka dapat berusaha meraih kegemilangan pada usia yang sebegitu muda, serta membangunkan pemikiran yang berfokuskan ilmu dan kebijaksanaan.

Siapa tahu, satu hari nanti, mereka menerajui syarikat-syarikat multinasional yang menguasai dunia, tetapi berpangkalan di Malaysia? Siapa tahu, satu hari nanti, teknologi dunia akan bergantung kepada kepakaran dari negara ini? Bagaimana perasaan kita agaknya, jika pada waktu itu, kita dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri pemimpin-pemimpin yang menentukan halatuju dunia, lahir daripada sistem pendidikan yang sedang kita usahakan saat ini?

Realiti atau fantasi? Kita tentukan sendiri.

ROSLAN YATIM
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sena
01000 Kangar, Perlis
Malaysia
www.sksena.edu.my

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers