ICT Seiring Pendidikan
- Butiran
- Dikemaskini pada Ahad, 14 Ogos 2016 05:01
- Diterbitkan pada Ahad, 14 Ogos 2016 04:20
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan keizinan-Nya, dapat saya mengutus sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Sekalung ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak sekolah, terutamanya barisan jawatankuasa Portal Rasmi SK Sena atas kerjasama dan komitmen bagi penjenamaan semula portal ini dengan memuatkan kandungan dan informasi-informasi yang menarik dan bermanfaat. Portal ini merupakan manifestasi bahawa pihak sekolah sentiasa komited dalam menguruskan dunia pendidikan seiring zaman globalisasi dan maklumat hujung jari yang semakin rancak berkembang.
Laman web ini adalah sejajar dengan cita-cita dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu melahirkan golongan celik komputer serta bersaing di persada dunia. Ini sekali gus menepati kehendak Wawasan 2020 yang meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju.
Akhir kata, saya menaruh harapan yang tinggi agar portal ini mampu dimanfaatkan oleh warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat dan pihak-pihak berkepentingan, sebagai medium komunikasi yang pantas dan berkesan dalam menyebar luas maklumat. Semoga kita mampu untuk melangkah bersama-sama bagi merealisasikan aspirasi Transformasi Pendidikan Negara melalui pelaksanaan PPPM 2013-2025.
JAFRI OTHMAN
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sena
01000 Kangar, Perlis
Malaysia
www.sksena.edu.my