Perjumpaan Kumpulan Sokongan Ibubapa (KSIB) kelas bersama Jawatankuasa PIBG
- Butiran
- Dikemaskini pada Ahad, 14 Ogos 2016 14:51
- Diterbitkan pada 14 Ogos 2016
- Pengarang: Administrator
Pada 13 Ogos 2016, satu perjumpaan ibu bapa bersama Ahli Jawatankuasa PIBG telah diadakan dengan tujuan untuk memantapkan lagi perlaksanaan Kumpulan Sokongan ibubapa atau lebih dikenali sebagai KSIB di sekolah.
Perjumpaan yang dipengerusikan sendiri oleh En. Ahmad Syukri B Ali selaku YDP PIBG dapat menimbulkan pelbagai idea dan cadangan untuk memantapkan perjalanan sekolah demi keselesaan anak-anak mereka. Diharapkan perjumpaan seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap supaya semua ibubapa dapat diberi gambaran mengenai aktiviti-aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Program Khidmat Masyarakat Kumpulan Kelanasiswa UniMAP Semester 3 Bersama SK Sena
- Butiran
- Dikemaskini pada Ahad, 14 Ogos 2016 14:31
- Diterbitkan pada 14 Ogos 2016
- Pengarang: Administrator
Pada 13 Ogos 2016, ahli pengakap dari Kumpulan Kelanasiswa Malaysia Daerah UniMAP telah mengadakan aktiviti khidmat masyarakat di SK Sena. Program ini melibatkan semua guru SK Sena dan seramai 46 orang ahli pengakap dari UniMAP. Mereka membantu melakukan kerja-kerjakeceriaan seperti mengecat, mengemas bilik-bilik khas dan sebagainya.
Guru besar dalam ucapannya mengharapkan program jaringan ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Terima kasih diucapkan pada Pusat Kokurikulum UniMAP yang sentiasa memberikan sokongan terhadap aktiviti seperti ini. Terima kasih juga diucapkan pada En Rosli Sarim jurulatih KLKM UniMAP diatas komitmen yang diberikan.
Jambori di Udara Ke-5 Peringkat Kebangsaan
- Butiran
- Dikemaskini pada Ahad, 14 Ogos 2016 13:08
- Diterbitkan pada 14 Ogos 2016
- Pengarang: Administrator
Peserta didapati begitu teruja dalam melakukan semua aktiviti. Terima kasih pada JPN Perlis yang sentiasa memberi sokongan penuh terhadap penganjuran aktiviti ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis diatas kepercayaan yang diberi kepada SK Sena untuk menganjurkan program tersebut.
Hasil daripada aktiviti, peserta dapat menguasai kemahiran-kemahiran ahli radio amatur seperti alphabet, semaphore, morse code, HF, VHF, dan berpeluang mengambil ujian mini RAE. Tahniah diucapkan.
Kembara Ilmu UPSR 2016
- Butiran
- Dikemaskini pada Ahad, 14 Ogos 2016 12:55
- Diterbitkan pada 14 Ogos 2016
- Pengarang: Administrator
Pada 16 Julai 2016 yang lalu, bertempat di Tasik Melati, semua murid tahun 6 SK Sena telah menyertai Kembara Ilmu UPSR 2016 yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan Kerjasama Yayasan Pelajaran Mara.
Perbagai aktiviti telah disediakan seperti latih tubi subjek UPSR serta permainan-permainan kecil untuk meransang kemahiran berfikir murid. Murid didapati teruja dalam melakukan semua aktiviti yang disediakan. Terima kasih pada semua guru yang hadir untuk membantu dalam melaksanakan aktiviti inI dan jutaan terima kasih juga diucapkan pada AJK PIBG SK Sena yang turut sama hadir memberikan sokongan.
Program Jaringan Peringkat Kebangsaan Demonstrasi & Bengkel Lompat Tali
- Butiran
- Dikemaskini pada Ahad, 14 Ogos 2016 12:46
- Diterbitkan pada 12 Ogos 2016
- Pengarang: Administrator
Seramai 7 orang fasilitator dari SK Sena manakala 30 orang peserta dari SK Langkawi. Peserta didedahkan dengan teknik lompatan yang dikendalikan oleh 7 orang murid dari SK Sena. Para peserta dapat menguasai lompatan asas dengan baik.
Disamping itu, pihak pentadbir SK Langkawi telah meminta pihak SK Sena untuk membentangkan secara ringkas Ciri-ciri Amalan Terbaik SK Sena pada guru-guru. Pembentangan telah dibuat oleh En. Hairul Nizam.