KEJOHANAN HOKI MSSPs PERINGKAT NEGERI 2016
- Butiran
- Dikemaskini pada Ahad, 15 Mei 2016 00:24
- Diterbitkan pada 15 Mei 2016
- Pengarang: Administrator
Pada 19 hingga 21 April 2016, pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Sena telah meyertai pertandingan hoki Majlis Sukan- sukan Perlis (MSSPs) yang telah berlangsung di SMK Kuala Perlis. Seramai 16 peserta pelajar telah mengambil bahagian bersama 2 orang guru pengiring.
Para pemain telah menampilakn permainan yang baik namun, kejayaan tidak memihak kepada pasukan SK Sena. Pasukan SK Sena telah mencatat kedudukan seri 0-0 sebanyak 3 perlawanan justeru tidak melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
KANGAROO MATH COMPETITION (KMC) 2016
- Butiran
- Dikemaskini pada Khamis, 12 Mei 2016 11:28
- Diterbitkan pada 12 Mei 2016
- Pengarang: Administrator
Pada tahun 2016 merupakan tahun ke 3 Sekolah Kebangsaan Sena mengambil bahagian dalam KANGGAROO MATH COMPETITION (KMC) di bawah aktiviti BITARA MATEMATIK.Penyertaan semakin meningkat dari tahun ke tahun.Pada 2014 seramai 24 orang pelajar mengambil bahagian ,2015 seramai 77 orang mengambil bahagian dan pada tahun ini seramai 114 orang mengambil bahagian.Hadiah pertandingan dalam bentuk medal iaitu gold, silver dan Bronze medal. Keputusan bagi tahun 2016 belum diumumkan.
Kejohanan Perahu Layar Majlis Sukan Sekolah Malaysia
- Butiran
- Dikemaskini pada Khamis, 12 Mei 2016 11:26
- Diterbitkan pada 12 Mei 2016
- Pengarang: Administrator
Pada 13 hingga 18 Mac, bertempat di Empangan Timah Tasoh Perlis telah berlangsung Kejohanan Perahu Layar Majlis Sukan Sekolah Malaysia. Sekolah Kebangsaan Sena telah menghantar 3 orang pelajar ke pertandingan tersebut, mereka ialah Nur Adlina Nasreen bt Mohd Nasri dan Nur Faradiba Balqyss bt Mohammed Muhairis.
Pertandingan ini melibatkan peserta – peserta dari seluruh Malaysia. Peserta dari Sk Sena merupakan wakil dari negeri Perlis.
Pelancaran Program Nilam Sekolah Kebangsaan Sena 2016
- Butiran
- Dikemaskini pada Ahad, 15 Mei 2016 00:28
- Diterbitkan pada 12 Mei 2016
- Pengarang: Administrator
Pada 10 Mac 2016, bertempat di Dataran Sena telah diadakan Majlis Pelancaran Program Nilam peringkat Sekolah Kebangsaan Sena yang melibatkan semua murid dan guru.
Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu.Disamping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira usia.NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Tokoh Nilam pada tahun ini diberikann kepada dua kategori iaitu kategori Bahasa Melayu dan Kategori Bahasa Inggeris. Pengiktirafan NILAM diberi kepada murid yang banyak membaca dan mencapai taraf yang ditetapkan setiap tahun bagi menarik minat membaca dalam kalangan murid dan warga sekolah.
Kedah Junior Tennis Monthly Medal Championship 2016
- Butiran
- Dikemaskini pada Sabtu, 14 Mei 2016 11:21
- Diterbitkan pada 12 Mei 2016
- Pengarang: Administrator
Pada 5 Mac 2016, bertempat di SP Club, Sungai Petani telah berlangsung Kedah Junior Tennis Monthly Medal Championship 2016. Dua orang wakil pelajar dari Sekolah Kebangsan Sena telah menyertai pertandingan tersebut, mereka ialah adik Muhammad Hafiy Imran bin Othman kategori Boys 10 & U dan adik Nur Adriana Syahirah binti Othman Kategori Girls 14 & U.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Tenis Kedah Darul Aman. Kejohanan ini diadakan pada setiap bulan. Pencapaian untuk kedua-dua peserta dari Sekolah Kebangsaan Sena ini ialah kategori Boys 10 & U Muhammad Hafiy Imran bin Othman telah meraih naib johan dan kategori Girls 14 & U Nur Adriana Syahirah binti Othman layak ke pusingan separuh akhir.