Kejohanan Badminton MSSPs 2016
- Butiran
- Dikemaskini pada Khamis, 12 Mei 2016 11:12
- Diterbitkan pada 12 Mei 2016
- Pengarang: Administrator
Pada 28 Januari hingga 4 Februari 2016 2 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sena telah menyertai Kejohanan Badminton MSSPs 2016 Dewan Rakan Sukan, MSN Perlis. 2 orang pelajar tersebut ialah adik Aaisar bin A'amar dan adik Muhammad Danish bin Abdel Mohsin. Muhammad Danish bin Abdel Mohsin berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Abi dan MSSPs untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia badminton. Ia melibatkan semua sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Perlis.
Majlis Tadarus Al Quran peringkat kawasan Kangar
- Butiran
- Dikemaskini pada Ahad, 15 Mei 2016 07:26
- Diterbitkan pada 12 Mei 2016
- Pengarang: Administrator
Pada 27 Februari 2016, Sektor Pendidikan Islam Negeri Perlis telah menganjurkan Majlis Tadarus Al Quran peringkat kawasan Kangar yang bertempat di SRK Seri Indera. Sebanyak lapan buah sekolah kawasan pendidikan Kangar telah menyertai majlis Tadarus al Quran ini. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang.Acara yang dipertandingkan adalah seperti acara nasyid, tilawah al-Quran, hafazan, bercerita kisah-kisah al-Quran dan kuiz. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Perlis.
Sekolah Kebangsaan Sena telah berjaya meraih Johan bagi kategori bercerita lelaki, naib johan bersecerita perempuan, naib johan hafazan perempuan, tempat ketiga hafazan lelaki dan tempat ketiga kuiz.
Program DAMAT ( Dam Matematik)
- Butiran
- Dikemaskini pada Khamis, 12 Mei 2016 11:06
- Diterbitkan pada 12 Mei 2016
- Pengarang: Administrator
Pada 22 Februari 2016, Bitara Matematik Sekolah Kebangsaan Sena, telah menganjurkan Program DAMAT ( Dam Matematik) dengan kerjasama dari UniMAP. Fokus utama program ini adalah untuk memperkenalkan bahan bantu mengajar matematik dalam bentuk permainan dam disamping memperkenalkan inovasi dalam matematik.
Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut adalah teknik penggunaan dan tatacara permainan dam matematik. Setiap set DAMAT mempunyai 5 peringkat. Setiap peringkat dipecahkab mengikut kategori lemah (peringkat 1&2), sederhana (peringkat 3&4) dan pintar (peringkat 4&5). Murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan kumpulan yang Berjaya menjawab dengan pantas dan betul diberikan hadiah.
Peserta-peserta yang mengambil bahagian sangat teruja dengan aktiviti bermanfaat tersebut.
The 13th KFC/NSC Langkawi, International Regatta Perdana 2016 & ASAF Sailing Cup 2016
- Butiran
- Dikemaskini pada Khamis, 12 Mei 2016 11:00
- Diterbitkan pada 12 Mei 2016
- Pengarang: Administrator
Pada 27 hingga 31 Januari 2016, adik Nur Adlina Nasreen bt Mohd Nasri dari Sekolah Kebangsaan Sena telah menyertai pertandingan The 13th KFC/NSC Langkawi, International Regatta Perdana 2016 & ASAF Sailing Cup 2016.
Pertandingan tersebut melibatkan para peserta dari seluruh negara dan juga peserta dari antarabangsa.
Naib Johan Kejohanan Bola Tampar PKP Kangar
- Butiran
- Dikemaskini pada Ahad, 15 Mei 2016 00:25
- Diterbitkan pada 12 Mei 2016
- Pengarang: Administrator
Pada 25 Januari 2016, Pasukan Bola Tampar Sekolah Kebangsaan Sena telah meraih naib johan dalam Kejohanan Bola Tampar PKP Kangar yang telah berlangsung di gelanggang bola tampar Sekolah Kebangsaan Bintong. Seramai 12 orang peserta lelaki dan 12 orang peserta perempuan telah mewakili sekolah dalam kejohanan tersebut.
Pasukan perempuan telah berjaya meraih naib johan dalam kejohanan tersebut manakala pasukan lelaki memperolehi saguhati. Kejayaan tersebut secara tidak langsung nyata memberi impak yang positif kepada setiap peserta.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi PKP Kangar, En. Roslan Bin Yatim.