1 Emas 1 Perak 1 Gangsa dan Anugerah Khas Gold Medal Award IDRIS dari MyRIS di Perlis Engineering Research Learning & Innovation Symposium (PERLIS 3.0)
- Butiran
- Dikemaskini pada Khamis, 09 November 2017 10:31
- Diterbitkan pada 09 November 2017
- Pengarang: Administrator
Pada 8 Jun 2017, pasukan inovasi Seklah Kebangsaan Sena telah menyertai pertandingan inovasi Perlis Engineering Research Learning & Innovation Symposium (PERLIS 3.0) bertempat di Bilik Sumber, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik, Universiti Malaysia Perlis. Seramai 4 orang peserta dari Sekolah Kebangsaan Sena telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Mereka adalah Muhammad Zarif b. Mohd Nadri, Muhammad Haziq b. Mohd Nadri, Muhammad Wafiq bin Mohd Irfan Hatim dan Nur Aisyah Danish bt Aziz.
Sepanjang pertandingan berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai soalan yang menguji minda berkaitan dengan produk yang mereka pertandingkan. Kebanyakan juri menggunakan soalan Kemahirn Berfikir Aras Tinggi ( KBAT) untuk menguji para peserta. Para peserta dapat menjawab dengan baik dan meyakinkan. Pendedahan sebegini merupakan langkah awal kepada murid dari sekolah rendah dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan berfikir di luar kotak untuk mempertahankan hujah mereka terhadap produk yang dipertandingkan.
Sebanyak 3 produk telah dihantar untuk penyertaan iaitu Clothes Dryer, Plant Booster dan Smart Saving Box. Produk Smart Saving Box telah memenangi Bronze Medal. Manakala produk Plant Booster telah memenangi Siver Medal.Produk Clothes Dryer pula telah memenangi Gold Medal dan Anugerah Khas Gold Medal Award IDRIS dari MyRIS. Pencapaian murid amat membanggakan sekolah.
Perkhemahan Pembangunan Pendidikan Luar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perlis 2018
- Butiran
- Dikemaskini pada Rabu, 19 September 2018 13:59
- Diterbitkan pada 19 September 2018
- Pengarang: Administrator
Pada 14-16 Ogos 2018, SK Sena telah menghantar 3 orang peserta untuk mengikuti
Perkhemahan Pembangunan Pendidikan Luar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perlis.
Mohammad Afiq Aeman b. Kharuddin - Peserta terbaik & Tempat pertama aktiviti orienteering
Ahmad Raziq B. Mohd. Rathi - tempat ke-3 dlm aktiviti Ikhtiar Hidup
Tahniah!
Pertandingan Inovasi Pengajaran 2018
- Butiran
- Dikemaskini pada Rabu, 19 September 2018 12:59
- Diterbitkan pada 19 September 2018
- Pengarang: Administrator
Pada 14 Ogos 2018, Team Inovasi SK Sena telah menyertai Pertandingan Inovasi Pengajaran Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan di kampus UUM Sintok.
Kejayaan:
4 Gold
3 Silver
1 Bronze
Tahniah!
Penyampaian Sijil KOROBORI Pengakap 2018
- Butiran
- Dikemaskini pada Rabu, 19 September 2018 12:54
- Diterbitkan pada 19 September 2018
- Pengarang: Administrator
Seramai 8 orang peserta Pengakap meyertai KOROBORI Pengakap 2018.
6A DAN 5A1B Tahniah!
- Butiran
- Dikemaskini pada Rabu, 19 September 2018 12:43
- Diterbitkan pada 19 September 2018
- Pengarang: Administrator
Pada 8 Ogos 2018 , Unit Kurikulum telah meraikan murid-murid tahun 6 yang telah berjaya meraih keputusan 6A dan 5A1B dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Mereka telah berusaha dengan baik dan meraih keputusan yang amat membanggakan. Justeru itu, Unit Kurikulkum telah meraikan dengan memberi saguhati atas pencapaain terbaik mereka.
More Articles...
- Tahniah! Tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018
- Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan dan Hari Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Sena
- Pingat Perak di Festival Lanskap dan Pertanian 2016 dan Karnival Serantau Alam Sekitar Sekolah-Sekolah Kluster Zon Utara
- 2 Emas 1 Perak di Perlis Engineering Research Learning & Innovation Symposium
- Kem Cerdik ICT 2016