Astro Ceria Di SK Sena!
- Butiran
- Dikemaskini pada Selasa, 09 Julai 2013 13:41
- Diterbitkan pada Sabtu, 10 Julai 2010 18:45
- Pengarang: SK Sena
SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena baru-baru ini telah menerima kunjungan daripada kru Astro Ceria yang hadir untuk menjalankan penggambaran slot Sekolahku Hebat!. Penggambaran tersebut yang melibatkan 13 buah sekolah di seluruh Malaysia dijalankan berdasarkan peserta yang terpilih dari kalangan murid-murid sekolah yang telah menghantar emel penyertaan Sekolahku Hebat! kepada pihak Astro Ceria. Pemenang yang terpilih untuk mewakili SK Sena ialah Wan Azim Izzaidi bin Wan Azimin, seorang murid Tahun 5 Elit.
Beberapa acara telah dilangsungkan sempena program Sekolahku Hebat! di SK Sena, antaranya persembahan lompat tali oleh Sena Jumpers, angklung dan action song. Sepanjang program, seluruh warga SK Sena telah dihiburkan oleh Azrul daripada Geng Bas Sekolah dan Abang Zoey. Sementara itu, Wan Azim pula menjadi pengacara bagi salah satu slot Sekolahku Hebat! yang akan ditayangkan di Astro Ceria tidak lama lagi. Beliau telah membawa kru Astro ke sekitar kawasan sekolah sambil menceritakan tentang kehebatan SK Sena.
Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Astro Ceria yang telah memilih Wan Azim Izzaidi dari SK Sena sebagai salah seorang pemenang untuk program Sekolahku Hebat!, juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran Perlis yang telah memberikan kebenaran kepada Astro Ceria dan pihak sekolah untuk melaksakan program yang telah dirancang. Nantikan video liputan program Sekolahku Hebat! di Galeri Video SK Sena.