SK Sena Johan Laman Web Perlis
- Butiran
- Dikemaskini pada Isnin, 27 Januari 2014 08:11
- Diterbitkan pada Selasa, 21 Januari 2014 10:25
- Pengarang: SK Sena
SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena muncul Johan Anugerah Laman Web Terbaik 2013 kategori Sekolah Rendah Negeri Perlis dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis mulai 15 Oktober 2013 yang lalu. Pertandingan tersebut yang dijalankan secara automatik melibatkan semua sekolah di negeri Perlis dalam dua kategori, iaitu kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Tujuan utama pertandingan tersebut diadakan ialah untuk meningkatkan kualiti laman web sekolah-sekolah sama ada dari segi kandungan, susunatur mahupun teknologi yang digunakan. Selain itu, pihak penganjur turut mengharapkan agar semua sekolah di negeri ini mempunyai laman web yang sentiasa dikemaskini serta dapat berfungsi sebagai medium sebaran maklumat yang berkesan.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, En. Dun bin Kasa dalam majlis Perhimpunan Bulanan yang diadakan di perkarangan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di sini, kelmarin. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak JPN Perlis atas pemilihan SK Sena sebagai Johan dalam pertandingan yang diadakan.
(Sila klik pada imej di bawah untuk paparan saiz sebenar)