Majlis Perpisahan Puan Norayrah
- Butiran
- Dikemaskini pada Khamis, 12 Februari 2015 11:31
- Diterbitkan pada Ahad, 09 November 2014 20:25
- Pengarang: Administrator
SK Sena- Berpewatakan bersahaja dan merendah diri, Puan Norayrah Bt Saffei telah memulakan tugas di SK Sena sejak 1 Januari 2013. Setelah menabur bakti hampir 2 tahun, beliau akhirnya Bertukar kembali ke sekolah lamanya di Negeri Sembilan.
Pn. Hjh. Naijah binti Hashim pula telah mula bertugas di SMK Dato Sulaiman pada 1 Januari 1989. Beliau pernah menjadi seorang kaunselor sebelum dipilih memegang jawatan sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional sehinggalah mendapat tawaran kenaikan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Tunku Putra, Tongkang Pechah bermula Januari 2013.
Pn. Hjh. Naijah binti Hashim dalam ucapan perpisahannya sempat mendeklamasikan puisi yang dinukilnya sendiri. Puisi yang melahirkan apa yang tersirat dalam sanubarinya sepanjang berkhidmat di SMKDS selama hampir 24 tahun. Ketelitian sentuhannya dalam setiap tugas yang dipertanggungjawabkan telah banyak membantu pengurusan sekolah terutamanya hal berkaitan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). Lembut tutur bicaranya tatkala menyampaikan arahan menjadi kelebihan baginya tiap kali perlu menerajui agenda penting sekolah contohnya Hari Gerak Kerja Kokurikulum dan Keusahawanan (GERKO).
Selain 2 orang guru tersebut, ada 2 orang lagi guru yang turut berpindah pada awal Januari ini iaitu Pn. Nor’aini binti Abd. Manap, GKP Pendidikan Khas dan seorang guru baru yang berpindah dari Mersing iaitu Cik Ng Sin Ying yang hanya sempat bertugas selama seminggu sebelum diarahkan bertukar ke TIGS kerana tuntutan nisbah pelajar berbangsa Cina yang lebih besar di sana.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang berpindah atas segala sumbangan, keringat dan jasa yang telah dicurahkan dalam sama-sama membangunkan SMKDS mencapai misi dan visinya. Semoga sukses di tempat baru dengan suasana baru, persekitaran baru dan rakan sekerja yang baru tanpa melupakan kenangan di SMKDS yang tercinta.
Ciptaan mereka dinamakan sebagai 'Kompos Kids' yang memudahkan baja serta tanah dicampur menggunakan pedal yang digabungkan dengan bekas air berjaya menewaskan 172 peserta lain. Alat pengadun tanah dan baja ini dihasilkan dalam tempoh 3 bulan itu hanya melibatkan kos rm60.
Guru Besar SK Sena, Encik Roslan Bin Yatim mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya. Setinggi penghargaan kepada Unimap di atas semua kerjasama dan bantuan yang diberikan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Persatuan Saintis Penyelidikan Malaysia (MARS).