Articles
Program Perjumpaan Waris Murid LINUS 2016
- Butiran
- Dikemaskini pada Ahad, 29 Mei 2016 13:03
- Diterbitkan pada Rabu, 25 Mei 2016 23:36
- Pengarang: Administrator
Pada 19 Mei 2016 yang lalu, bertempat di Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Sena telah diadakan satu perjumpaan waris murid LINUS 2016. Tujuan program ini dilaksanakan untuk menerangkan kepada ibu bapa atau waris tentang Program Linus yang dijalankan di sekolah. Pn Ida @ Jannyah mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa atau waris ke perjumpaan tersebut. Harapan beliau ibubapa/waris dapat memberikan kerjasama bagi membantu anak-anak di rumah supaya dapat mengurangkan bilangan murid linus.
Pn Habsah telah menerangkan tentang konstruk-konstruk dalam Literasi Bahasa Melayu dan Numerasi yang perlu dikuasai murid. Manakala Pn Rina Maleney pula menerangkan tentang konstruk-konstruk dalam Literasi Bahasa Inggeris. Tujuannya adalah untuk memudahkan waris atau ibu bapa bagi membimbing anak-anak di rumah ke arah memantapkan lagi penguasaan murid-murid dalam konstruk yang belum mereka kuasai.
Perjumpaan ini mendapat sambutan yang positif daripada ibubapa yang hadir. Mereka bersedia membimbing anak-anak di rumah. Perjumpaan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.