Articles
Kembara Ilmu UPSR 2016
- Butiran
- Dikemaskini pada Ahad, 14 Ogos 2016 12:55
- Diterbitkan pada Ahad, 14 Ogos 2016 03:43
- Pengarang: Administrator
Pada 16 Julai 2016 yang lalu, bertempat di Tasik Melati, semua murid tahun 6 SK Sena telah menyertai Kembara Ilmu UPSR 2016 yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan Kerjasama Yayasan Pelajaran Mara.
Perbagai aktiviti telah disediakan seperti latih tubi subjek UPSR serta permainan-permainan kecil untuk meransang kemahiran berfikir murid. Murid didapati teruja dalam melakukan semua aktiviti yang disediakan. Terima kasih pada semua guru yang hadir untuk membantu dalam melaksanakan aktiviti inI dan jutaan terima kasih juga diucapkan pada AJK PIBG SK Sena yang turut sama hadir memberikan sokongan.