Pelantikan Pengawas Sekolah 2011
- Butiran
- Dikemaskini pada Selasa, 09 Julai 2013 13:33
- Diterbitkan pada Rabu, 12 Januari 2011 08:41
- Pengarang: SK Sena
SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena telah mengadakan majlis penyerahan watikah pelantikan Pengawas Sekolah pada hari Isnin, 10 Januari yang lalu melibatkan seramai 52 orang murid yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Pengawas Sekolah pada hujung 2010. Majlis yang bermula seawal jam 7.40 pagi itu dianjurkan untuk meraikan para Pengawas Sekolah yang telah terpilih, dan menandakan bermulanya tugas mereka secara rasmi bagi sesi 2011. Hadir merasmikan pelantikan dan menyampaikan watikah ialah ASP Azmi bin Hamid, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Siatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis yang turut menyampaikan ucapan pada program berkenaan. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para Pengawas Sekolah agar menjalankan tugas dengan penuh dedikasi berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira kawan mahupun lawan.
Selesai penyampaian watikah, para Pengawas Sekolah yang telah dilantik melafazkan ikrar menjalankan tugas diketuai oleh Ketua Pengawas 2011, Shafiqah Amira Fariha binti Shuib, manakala jawatan Penolong Ketua Pengawas 2011 pula disandang oleh Nursyafiqah binti Sharizan.
SK Sena mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis penyerahan watikah Pengawas Sekolah 2011, dan mengharapkan agar semua Pengawas yang telah dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Liputan media telah disediakan oleh CyKidzCRAZE dengan kerjasama unit ICT dan siaraya Sekolah Kebangsaan Sena.