SK Sena Johan Olahraga Kangar
- Butiran
- Dikemaskini pada Selasa, 09 Julai 2013 13:40
- Diterbitkan pada Jumaat, 26 Mac 2010 07:50
- Pengarang: SK Sena
SK SENA, Kangar - SK Sena telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis, peringkat Pusat Kecemerlangan Pendidikan Kangar dalam acara yang berlangsung pada 23 - 25 Mac 2010 di dua lokasi, iaitu Sekolah Kebangsaan Stella Maris dan Sekolah Kebangsaan Sena sendiri. Sepanjang kejohanan, SK Sena telah berjaya menggondol 8 pingat emas, 2 pingat perak dan 4 pingat gangsa dalam pelbagai acara. Salah seorang atlit SK Sena juga telah berjaya merangkul gelaran Olahragawan kejohanan olahraga tersebut, iaitu Farizul Anwar bin Zulkifli. Menurut Ketua Jurulatih merangkap Setiausaha Sukan SK Sena, En. Abdul Kader bin Ali, latihan yang berterusan dan motivasi yang ditanam dalam diri atlit sekolah membantu mereka menyumbangkan kejuaraan untuk SK Sena pada tahun ini. Upacara perasmian penutup dan penyampaian Piala Pusingan telah disempurnakan oleh En. Rosli bin Osman, Ketua Unit Sukan Jabatan Pelajaran Perlis merangkap Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis yang hadir mewakili Pengarah Pelajaran Perlis.
Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua atlit yang telah berusaha mengharumkan nama sekolah, serta kepada guru-guru yang bertugas dalam menjayakan kejohanan tersebut. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada SK Stella Maris yang bertindak sebagai pengelola kejohanan.