SK Sena Naib Johan Sofbol
- Butiran
- Dikemaskini pada Selasa, 09 Julai 2013 13:40
- Diterbitkan pada Jumaat, 07 Mei 2010 06:47
- Pengarang: SK Sena
SK SENA, Kangar - Pasukan Sofbol SK Sena berjaya meraih gelaran Naib Johan pada kejohanan Sofbol MSSPs tahun ini. Kejohanan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi itu menyaksikan perlawanan akhir antara pasukan Sekolah Kebangsaan Sena dan pasukan tuan rumah dalam perlawanan yang berlangsung selama lebih kurang satu jam. Menurut pengurus dan jurulatih pasukan sofbol SK Sena, Pn. Norhafiza Jamil dan Pn. Norhashimi Romli, beberapa langkah akan diambil untuk meningkatkan lagi prestasi pasukan sofbol SK Sena, termasuklah mengadakan pemilihan dan latihan untuk pasukan pelapis 2011 dalam masa terdekat. SK Sena mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain sofbol 2010 atas kejayaan tersebut, dan mengharapkan usaha yang berterusan pada masa hadapan.