SK Sena Juarai Spell-It-Right Perlis
- Butiran
- Dikemaskini pada Selasa, 09 Julai 2013 13:31
- Diterbitkan pada Sabtu, 09 April 2011 15:49
- Pengarang: SK Sena
UiTM PERLIS, Arau - Pertandingan Spell-It-Right Challenge anjuran RHB dan New Straits Times yang dilangsungkan di sini hari ini menyaksikan murid Tahun 5 Elit Sekolah Kebangsaan Sena, Nadine Qathira binti Sahzan menggondol kejuaraan peringkat negeri, mengalahkan empat peserta lain dalam peringkat akhir yang melibatkan lima orang peserta dari sekolah-sekolah seluruh negeri Perlis yang mengambil bahagian. Beliau yang merupakan salah seorang daripada sembilan peserta yang mewakili SK Sena berjaya meningkatkan pencapaian berbanding tahun 2010, di mana beliau telah dinobatkan sebagai Naib Johan apabila tewas kepada peserta dari SK Jejawi. Dengan kemenangan tersebut, Nadine akan mewakili negeri Perlis dalam pertandingan peringkat kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada bulan Julai yang akan datang.
Selain Nadine, Maliana Aqilah binti Mohd Nor dari Tahun 6 Cenderawasih turut berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan tersebut dan mendapat tempat keempat, manakala Nur Izzah binti R. Rashid dari kelas yang sama pula menerima hadiah saguhati. Seluruh warga SK Sena mengucapkan tahniah kepada Nadine Qathira, Maliana Aqilah dan Nur Izzah atas kejayaan masing-masing, serta menyampaikan penghargaan kepada semua wakil SK Sena yang telah menunjukkan semangat juang dan pencapaian yang membanggakan. Terima kasih juga kepada pihak penganjur pertandingan, RHB dan New Straits Times, kepada Universiti Teknologi Mara, Perlis selaku tuan rumah, juga kepada guru-guru pengiring yang menguruskan peserta-peserta SK Sena sepanjang pertandingan berlangsung.
Liputan penyertaan SK Sena dalam RHB-NST Spell-It-Right Challenge peringkat negeri Perlis 2011 telah disediakan oleh CyKidzCRAZE.