Lawatan Pemantauan LINUS 2010
- Butiran
- Dikemaskini pada Selasa, 09 Julai 2013 13:37
- Diterbitkan pada Isnin, 10 Mei 2010 12:06
- Pengarang: SK Sena
SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena hari ini menerima lawatan pemantauan program LINUS daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha kementerian untuk melihat pelaksanaan program tersebut di sekolah-sekolah berdasarkan garispanduan yang telah dikeluarkan. LINUS, atau Literasi dan Numerasi merupakan salah satu daripada empat sub-Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat utama daripada program LINUS ialah agar semua murid sekolah di Malaysia dapat menguasai kemahiran literasi (membaca) dan numerasi (mengira) menjelang tahun 2012 nanti. Bagi Saringan 1 yang berlangsung hari ini, SK Sena telah dilawati oleh tiga orang tetamu seperti berikut:-
- Dr. Azman bin Abbas - Nazir Sekolah Kedah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
- En. Zaharuddin bin Zamin - Nazir Sekolah Perak, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
- En. Zulkifli bin Khairuddin - Jabatan Pelajaran Negeri Perlis
Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih atas lawatan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti hari ini, dan mengharapkan agar lawatan berkenaan membuahkan hasil yang dapat dikongsi bersama. Video temubual CyKidzCRAZE bersama Dr. Azman dan En. Zulkifli boleh didapati di Galeri Video SK Sena.