Objektif
- Butiran
- Dikemaskini pada Sabtu, 05 Januari 2013 17:47
- Diterbitkan pada Isnin, 01 September 2008 10:52
- Pengarang: Administrator
MATLAMAT SEKOLAH
Berusaha dengan secara optimum dan penuh daya kreatif dan inovatif bagi menjayakan matlamat mencapai tahap sekolah harapan negara
MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di sekolah ini bertujuan untuk membolehkan murid:
- Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara
- Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah
- Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian
- Menguasai kemahiran belajar
- Menguasai kemahiran berfikir
- Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua
- Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahkannya
- Membina daya kepimpinan dan keyakinan diri
- Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar
- Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal
- Memahami, meminati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional
- Menjaga kesihatan dan kecerdasan diri
- Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti
- Menguasai kemahiran membaca, menghafal dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam
- Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia
- Membina semangat patriotisme
- Mengembangkan bakat dan kreativiti
- Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni dan menjadikannya asas amalan hidup
PERANCANGAN PEMBANGUNAN PSS
Antara perkara-perkara yang dirancang dalam agenda pembangunan PSS Sekolah Kebangsaan Sena ialah seperti berikut:
- Penyenaraian bahan-bahan PSS dalam satu pangkalan data bersepadu untuk kebolehan muat turun melalui internet
- Penggunaan beberapa televisyen paparan LCD di kawasan-kawasan yang strategik di sekitar sekolah untuk tujuan penyebaran maklumat dengan cepat dan terkini