SenaNet v2

Proses penaiktarafan infrastruktur rangkaian capaian setempat (LAN) SK Sena di bawah pengurusan S.E.N.A CyQUEST: SenaNet kini sedang berjalan, di mana penaiktarafan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan tahap infrastruktur rangkaian sekolah-sekolah di Malaysia. Sekolah Kebangsaan Sena, Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia menyambut baik usaha tersebut dan kini dalam proses untuk menyesuaikan infrastruktur data dan sistem (Program Pembangunan Persekitaran Pintar, S.E.N.A CyQUEST) di sekolah dengan rangkaian baru tersebut.

Cadangan grid rangkaian SenaNet v2 ditunjukkan dalam gambarajah di bawah. Klik pada rajah tersebut untuk paparan bersaiz penuh.

 

 Grid Rangkaian SenaNet

 
Pemasangan rangkaian baru ini dijalankan oleh Vantage Point Consulting Sdn. Bhd. (an associated company of Heitech Padu Bhd.).