Majlis Penutupan Program S.E.N.A CyQUEST 2009
- Butiran
- Dikemaskini pada Sabtu, 05 Januari 2013 17:47
- Diterbitkan pada Jumaat, 13 November 2009 00:00
- Pengarang: S.E.N.A CyQUEST
SK SENA, Kangar - S.E.N.A CyQUEST yang merupakan Program Pembangunan Persekitaran Pintar Sekolah Kebangsaan Sena telah mengadakan majlis penutupan program 2009. Majlis tersebut yang melambangkan berakhirnya aktiviti-aktiviti ICT dan Multimedia di bawah bidang kebitaraan ICT Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi tahun 2009 telah diadakan untuk memberikan penghargaan kepada murid-murid yang telah menunjukkan usaha yang membanggakan dalam menyertai latihan-latihan dan pertandingan yang diuruskan oleh S.E.N.A CyQUEST sepanjang tahun ini, dan juga kepada para penasihat, jurulatih dan fasilitator yang telah banyak membantu CyQUEST menjalankan pelbagai program.
Majlis dimulakan dengan persembahan teater oleh kru CyKidzCRAZE yang bertajuk "Apa Itu CyQUEST?". Seterusnya, satu montaj video yang menunjukkan pelbagai aktiviti S.E.N.A CyQUEST sepanjang 2009 telah ditayangkan kepada para hadirin. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sijil lantikan kepada kru CyKidzCRAZE, sijil penghargaan kepada para penasihat, jurulatih dan fasilitator serta hadiah kepada murid yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam bidang masing-masing. Bidang-bidang yang dipertandingkan ialah Jurukamera, Penyunting dan Pelakon/Wartawan. Majlis ditutup dengan jamuan ringan yang disediakan untuk semua yang hadir.
S.E.N.A CyQUEST sekali lagi mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah terlibat menyertai dan membantu menjalankan program-program bidang kebitaraan ICT sepanjang tahun ini. Semoga sokongan dan kerjasama yang telah ditunjukkan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
Dapatkan video persembahan sempena Majlis Penutupan Program S.E.N.A CyQUEST 2009
di Galeri Video SK Sena