What's Your News? - British Council
- Butiran
- Dikemaskini pada Sabtu, 05 Januari 2013 17:47
- Diterbitkan pada Sabtu, 15 Oktober 2011 06:30
- Pengarang: SK Sena
SK SENA, Kangar - Seramai 30 orang murid SK Sena mengambil bahagian dalam pertandingan What's Your News? anjuran British Council melalui program LearnEnglish Kids. What's Your News? merupakan rancangan televisyen kanak-kanak berbentuk berita atau penceritaan ringkas yang dihoskan oleh sekumpulan haiwan animasi seperti semut, tenggiling dan burung. Dalam rancangan tersebut, kanak-kanak
yang mengambil bahagian dikehendaki bercerita tentang sesuatu peristiwa yang mereka alami. Petikan daripada laman web rasmi What's Your News di http://www.whatsyournews.com/ menyebutkan seperti berikut:-
"The children's stories might be anything; the arrival of a new pet dog, the ability to play a new tune on a piano, the loss of a slipper sock, having a new hairstyle, etc. The stories are homely, down-to-earth, relevant to the audience, and pretty much universal."
Rancangan What's Your News? ditayangkan di United Kingdom melalui saluran Nick Jr UK dan PBS Sprout.
Sementara itu, pihak British Council melalui program LearnEnglish Kids di http://learnenglishkids.britishcouncil.org/ pula menganjurkan pertandingan untuk kanak-kanak berusia 6 - 12 tahun dari seluruh dunia untuk menggalakkan pelajar-pelajar Bahasa Inggeris menyertai rancangan What's Your News? Pertandingan tersebut terbuka kepada kanak-kanak yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa percakapan harian, atau kanak-kanak yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Video pemenang utama pertandingan tersebut akan diedit secara profesional oleh kru What's Your News untuk tayangan di laman web LearnEnglish Kids. Pemenang-pemenang pula akan menerima kamera flip serta bahan-bahan British Council. Semua video yang dihantar akan menerima sijil penyertaan.
Peserta-peserta pertandingan What's Your News? SK Sena mengambil bahagian secara individu dalam pertandingan tersebut, di mana setiap peserta dikehendaki menghasilkan cerita masing-masing sama ada secara sendirian atau dengan bantuan ibu bapa masing-masing. Video penyertaan yang telah dirakam pula kemudiannya dimuatnaik ke laman web LearnEnglish Kids untuk penilaian oleh pihak British Council. Selain memberikan peluang untuk penglibatan dalam pertandingan di peringkat antarabangsa, penyertaan dalam What's Your News turut melatih para peserta untuk berinteraksi secara yakin dan berani dalam Bahasa Inggeris.