SK Sena Dalam Mini Parlimen 2014
- Butiran
- Dikemaskini pada Isnin, 06 Januari 2014 08:48
- Diterbitkan pada Jumaat, 03 Januari 2014 07:54
- Pengarang: SK Sena
[sigplus] Critical error: The Graphics Draw (gd) or ImageMagick (imagick) image processing library has to be enabled in the PHP configuration to generate thumbnails.
KUALA LUMPUR - Dua orang murid Sekolah Kebangsaan Sena, Muhammad Rafiq bin Mohd Redzuan dan Muhammad Darwish bin Saidar terpilih menyertai rancangan Mini Parlimen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang akan disiarkan pada musim 2014, berdasarkan ujibakat yang telah dijalankan di RTM Perlis pada 19 Oktober 2013 yang lalu. Seramai 40 orang pelakon kanak-kanak yang terdiri daripada murid-murid sekolah seluruh negara terlibat dalam rakaman program tersebut yang berlangsung pada 23 - 31 Disember 2013 di Studio Pentas Bunyi FINAS, Petaling Jaya.
Mini Parlimen 2014 mengandungi 13 episod rancangan yang dijangka akan ditayangkan mulai Februari tahun ini. Rakaman peringkat pertama tersebut ialah untuk 6 episod terawal, sementara penerbitan episod-episod seterusnya dirancang untuk dilaksanakan pada bulan Februari atau Mac kelak. Antara selebriti yang turut terlibat dalam rancangan berkenaan ialah pelakon kanak-kanak, Nor Heidzriq Haikal yang lebih dikenali dalam kalangan peminatnya sebagai Raikal. Menurut Ketua Bitara ICT SK Sena (S.E.N.A CyQUEST) merangkap guru pengiring murid SK Sena, Cik Azizah binti Hamzah, rancangan yang memaparkan gelagat dan kepetahan kanak-kanak sebagai ahli Parlimen itu bukan sahaja dapat melatih para peserta untuk menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi, malah turut memperkenalkan suasana dan kaedah perbahasan Parlimen Malaysia kepada golongan muda.
Selain SK Sena, sekolah-sekolah lain dari Perlis yang turut terpilih untuk terlibat dalam sesi rakaman Mini Parlimen 2014 ialah SRK Seri Indera, SRK Stella Maris dan SK Paya. Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada pihak RTM dan penerbit rancangan, Pn. Safaliza binti Md Yatim atas pemilihan murid-murid SK Sena sebagai sebahagian daripada program berkenaan dan mengharapkan agar program tersebut dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya.
{gallery}user/sksena/cyquest/mini_parlimen2014{/gallery}