SK SENA CATAT KEJAYAAN DI ICIC 2015
- Butiran
- Dikemaskini pada Sabtu, 16 Mei 2015 22:23
- Diterbitkan pada Sabtu, 16 Mei 2015 22:08
- Pengarang: Administrator
UniMAP - Pasukan rekacipta Sekolah Kebangsaan Sena bersama produk mereka, Kids Compost dan Smart Carpet telah mencatatkan kejayaan cemerlang apabila meraih satu pingat emas dan satu pingat perak serta satu anugerah khas di Invention and Creativity Inter College” (ICIC) yang telah berlangsung pada 8 - 10 Mei yang lalu di Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Gani, Unimap, Wang Ulu, Perlis. Pasukan tersebut yang terdiri daripada enam orang murid Tahun 2, 3, 4 dan 5 telah berjaya memenangi satu Gold Medal melalui produk Kids Compost dan satu Silver Medal mealui produk Smart Carpet. Produk Kids Compost juga mendapat pengiktirafan para juri dengan mendapat anugerah The Best of Creativity.
Pertandingan yang terbuka kepada semua perekacipta muda ini julung – julung kali diadakan. Ianya telah mendapat sambutan yang hebat terutama sekali dari peserta – peserta antara kolej-kolej. Pasukan SK Sena yang menghantar 2 pasukan ini merupakan pasukan yang termuda dalam pertandingan tersebut.
Pihak Pentadbir mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri dalam pertandingan ini serta menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga guru – guru yang telah member tunjuk ajar kepada semua peserta.