Sekolah Kebangsaan Sena

Manual Pengurusan 2017

                                                              

 

 

 

 

01000 Kangar, Perlis.

MANUAL KECEMERLANGAN DASAR & PANDUAN TUGAS PENGURUSAN                           SEKOLAH

2017

 

 

 

 

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

01000 KANGAR, PERLIS.

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN IALAH SEKOLAH-SEKOLAH YANG CEMERLANG DALAM KELOMPOKNYA BERASASKAN ASPEK AKADEMIK, SAHSIAH, PENGURUSAN SEKOLAH, BUDAYA, HUBUNGAN BAIK DENGAN PIHAK LUAR, PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN SUMBER YANG YANG ADA

 

 

VISI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

01000 KANGAR, PERLIS.

MOTTO SK Sena

Ilmu Amal

 

LOGO SEKOLAH

BUKU

Menjana pengetahuan

dan pemikiran

 

                BIRU

Keharmonian suasana persekitaran sekolah

 

 

 

KUNING

Menjunjung budaya sekolah

 

PUTIH

Kemurnian hati yang tulus ikhlas

 

MATA PENA

Mencoret dan mencorak ilmu yang berguna 

 

        MERAH HATI

BERANI   : Berani menegakkan kebenaran

              GAGAH   :       Gagah memperkasakan sekolah

              CEKAL    :       Cekal dalam menempuh segala cabaran

 

 

 

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

01000 KANGAR, PERLIS.

PELAN SEKOLAH

 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

 

TONGGAK DUA BELAS

ü  KESERONOKAN  BEKERJA

ü  PENGARUH  TELADAN

ü  PENINGKATAN  BAKAT

ü  KEUTAMAAN  KESABARAN

ü  NIKMAT  MENCIPTA

ü  MENGHARGAI  MASA

ü  KEBIJAKSANAAN  BERKHIDMAT

ü  KEWAJIPAN  MENJALANKAN TUGAS

ü  KETEKUNAN  MEMBAWA KEJAYAAN

ü  KEMULIAAN KESEDERHANAAN

ü  KETINGGIAN  PERIBADI

ü  KEKUATAN SIFAT  BAIK HATI

 

LOKASI SEKOLAH

 

 

 

 

TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG

  • BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN
  • BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB
  • BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
  • BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBBAH DAN KEMESRAAN
  • BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PEMBANGUNAN NEGARA
  • BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

01000 KANGAR, PERLIS.

PENGENALAN

Manual Pengurusan Dasar dan Panduan Tugas Sekolah Kebangsaan  Sena ini adalah dokumen yang  disediakan oleh pihak Pengurusan Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar, Perlis. Manual Pengurusan Dasar dan Panduang Tugas ini mengandungi aspek-aspek dasar, objektif dan prinsip-prinsip asas bagi pelaksanaan pengurusan Sekolah Kebangsaan Sena berasaskan bidang-bidang yang telah ditetapkan.

Manual ini akan dapat diterapkan sebagai 'badan' pengawal yang akan menentukan sistem pengurusan secara keseluruhan sekolah ini. Manual ini  juga merupakan sebuah Buku Panduan Pengurusan Dasar dan Panduan Tugas yang dirancang selari dengan dasar dan panduan tugas yang ditetetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Manual Pengurusan Dasar dan Panduan Tugas Sekolah ini  produk yang dihasilkan untuk pelaksanaan untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Tujuan Manual Pengurusan Dasar dan Tugasan Tugas Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar  ini disediakan adalah untuk pelaksanaan proses operasi organisasi Sekolah Kebangsaan Sena kepada pelanggan-pelanggannya iaitu murid-murid, ibu bapa atau penjaga murid-murid Sekolah Kebangsaan Sena tentang  perkhidmatan yang disediakan kepada mereka.

Manual Pengurusan Dasar dan Panduan Tugas Sekolah  Kebangsaan Sena ini adalah dokumen yang terkawal dan diedarkan kepada guru-guru  yang berkhidmat di sekolah ini sahaja.

Sebarang pindaan dalam Manual  ini mesti mendapat kelulusan daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sena.

Dokumen yang tidak terkawal dan tidak mendapat kelulusan daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sena adalah tidak sah dan tidak terlibat dengan sebarang pindaan yang dibuat dan tidak terlibat dalam aspek pelaksanaan.

 

GURU BESAR

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

 

 

 

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

01000 KANGAR, PERLIS.

PENGGAL PERSEKOLAHAN 2017

PENGGAL

MULA PERSEKOLAHAN

AKHIR PERSEKOLAHAN

JUMLAH HARI

JUMLAH MINGGU

1

03. 01. 2017

31. 01. 2017

21

11

01. 02. 2017

28. 02. 2017

20

01. 03. 2017

17. 03. 2017

13

JUMLAH HARI

54

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1

1

18. 03. 2017

26. 03. 2017

9

 

MULA PERSEKOLAHAN

AKHIR PERSEKOLAHAN

JUMLAH HARI

27. 03. 2017

31. 03. 2017

5

9

01. 04. 2017

30. 04. 2017

20

01. 05. 2017

26. 05. 2017

20

JUMLAH HARI

45

CUTI PERTENGAHAN TAHUN

2

27. 05. 2017

11. 06. 2017

16

PENGGAL

MULA PERSEKOLAHAN

AKHIR PERSEKOLAHAN

JUMLAH HARI

JUMLAH MINGGU

2

12. 06. 2017

30. 06. 2017

15

 

01. 07. 2017

31. 07. 2017

21

11

01. 08. 2017

25. 08. 2017

19

   

JUMLAH HARI

55

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2

1

26. 08. 2017

03. 09. 2017

9

 

MULA PERSEKOLAHAN

AKHIR PERSEKOLAHAN

JUMLAH HARI

JUMLAH MINGGU

04. 09. 2017

30. 09. 2017

20

12

01. 10. 2017

31. 10. 2017

22

01. 11. 2017

24 .11. 2017

18

JUMLAH HARI

60

 

 

CUTI AKHIR TAHUN

5

25.11. 2017

02. 01. 2018

38

   

 

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

01000 KANGAR, PERLIS.

HARI-HARI KELEPASAN AM NEGERI PERLIS 2017

BIL

PERKARA

TARIKH

HARI

1

TAHUN BARU CINA

28 – 29 JANUARI

SABTU-AHAD

2

ISRAK DAN MIKRAJ

24 APRIL

ISNIN

3

HARI PEKERJA

1 MEI

ISNIN

4

HARI WESAK

10 MEI

RABU

5

HARI KEPUTERAAN

D.Y.M.M. TUANKU RAJA PERLIS

17 MEI

RABU

6

HARI KEPUTERAAN DYMM 

SERI PADUKA BAGINDA

YANG DIPERTUAN AGONG

3 JUN

SABTU

7

NUZUL AL-QURAN

12 JUN

ISNIN

8

HARI RAYA PUASA

25-26  JUN

AHAD-ISNIN

9

HARI KEBANGSAAN

31 OGOS

KHAMIS

10

HARI MALAYSIA

16 SEPTEMBER

SABTU

11

HARI RAYA QURBAN

1-2 SEPTEMBER

JUMAAT-SABTU

12

AWAL MUHARAM ( MAAL HIJRAH ) 1437 HIJRAH

21 SEPTEMBER

KHAMIS

13

HARI DEEPAVALI 

18 OKTOBER

RABU

14

HARI KEPUTERAAN

NABI MUHAMMAD S.A.W.

1 DISEMBER

JUMAAT

15

HARI KRISMAS

25 DISEMBER

ISNIN

CATATAN :

APABILA HARI KELEPASAN ITU JATUH PADA HARI KELEPASAN ATAU HARI KELEPASAN YANG LAIN, MAKA HARI TERSEBUT DIGANTIKAN DENGAN HARI ESOKNYA. DAN JIKA HARI KEMUDIANNYA ITU PULA SEDIA MENJADI HARI KELEPASAN, MAKA HARI BERIKUTNYA DIJADIKAN HARI KELEPASAN. JIKA HARI KELEPASAN ITU JATUH PADA HARI SABTU, MAKA TIADA CUTI GANTI BAGINYA

 

 

1.0

DASAR & PANDUAN TUGAS KECEMERLANGAN

PENGURUSAN & PENTADBIRAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

01000 KANGAR, PERLIS.

CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN SEKOLAH

PENYELIAAN

 

GURU BESAR

 

PENOLONG KANAN   HAL EHWAL MURID

 

PENTADBIRAN

 

OLAHRAGA TAHUNAN

 

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

 

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

 

KURIKULUM

 

DISIPLIN

 

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

 

JADUAL WAKTU

 

KELAS TAMBAHAN

 

PUSAT SUMBER

 

PERPUSTAKAAN

 

BILIK APD

 

BBM

 

PRASEKOLAH

 

PROJEK KHAS

 

PANITIA MATA PELAJARAN

 

BILIK-BILIK KHAS

 

MBMMBI

 

PEMULIHAN DAN CELIK 3M

 

SKPM / KPI

 

MAKLUMAT GURU / STAF

 

STATISTIK /

DATA

 

PERANCANGAN / PEMBANGUNAN

 

PENGURUSAN PEJABAT

 

KEWANGAN

 

BEKALAN

 

LATIHAN DALAMAN

 

BADAN KEBAJIKAN STAF

 

PERMAINAN

 

PERSATUAN / KELAB

 

BADAN BERUNIFORM

 

RUMAH SUKAN

 

MSSPs / MSSM

 

PKP KANGAR

 

KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

 

PENYELIAAN FIZIKAL SEKOLAH

 

PROJEK KHAS

 

LAWATAN

 

PENYELIAAN PEKERJA SWASTA

 

PROTOKOL DAN HUBUNGAN LUAR

 

PENGAWAS

 

KANTIN

 

SPBT

 

KESIHATAN

 

RMT

 

DATA MURID

 

KEBAJIKAN

 

KESELAMATAN

 

PENCEGAHAN DADAH

 

PENCEGAHAN JENAYAH

 

INVENTORI

 

PENDAFTARAN DAN REKOD

 

PROJEK KHAS

 

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

PERABUT / KERUSI / MEJA

 

 

 

 

 

 

 

BIDANG KECEMERLANGAN                        PENGURUSAN & PENTADBIRAN

 

OBJEKTIF BIDANG  PENGURUSAN & PENTADBIRAN :

 

  • MEMASTIKAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH BERADA PADA TAHAP KUALITI YANG TINGGI.
  • MEMASTIKAN SUMBER KEWANGAN YANG TERATUR DAN SENTIASA DIKEMAS KINI.
  • MELAHIRKAN SUMBER MANUSIA YANG LEBIH BERKUALITI.
  • MENGHASILKAN BUDAYA KERJA YANG CEMERLANG.
  • MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG EFISYEN DAN MEMENUHI PIAGAM PELANGGAN.

 

DASAR PENGURUSAN & PENTADBIRAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

Dasar Pengurusan & Pentadbiran  Sekolah Kebangsaan Sena adalah selaras dengan Dasar Pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia

 

A. Pentadbiran:

Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut:

1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.

2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di bawah jagaannya.

3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.

4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam jawatan.

5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan di sekolahnya.

6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolahnya.

7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.

8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru.

9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.

10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.

11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna.

12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar.

13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.

15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan.

17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

B. Kewangan:

1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.

3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan sempurna.

4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah.

5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan.

6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.

7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas.

8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.

9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur dan kemas kini.

11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan sebagainya.

12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna mengikut peraturan yang ada.

13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

C. Pembangunan Fizikal Sekolah:

1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan cara yang baik dan teratur.

2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari semasa ke semasa.

3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang diadakan di sekolah.

4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.

D. Pembangunan Kakitangan:

1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru untuk pengayaan dirinya.

2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.

3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

E. Mengajar:

1. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi Guru Besar.

F. Kurikulum:

1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur, berkesan dan mengikut perancangan.

2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.

3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah berjalan dengan sempurna.

4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.

5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.

7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.

8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab terhadap perkembangan dan kemajuannya.

9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang akademik.

G. Ko-Kurikulum:

1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit pakaian seragam.

2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal.

3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom.

H. Hal Ehwal Pelajar:

1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa pelaksanaannya berjalan dengan berkesan.

2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.

3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan sukan.

4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang dan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.

5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:- (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa, keselamatan, riadah dan sistem mentor menti).

I. Pengawasan Dan Penyeliaan:

1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.

2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan kakitangan pengajaran pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar.

3. Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia Petang dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka.

4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan guru dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran mereka agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.

6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akan dibuat pada setiap hujung tahun.

1.0 PENGURUS "LEARNING EXPERIENCES" – KERJA IKHTISAS

1.1 Penyelia dan pengawal polisi dan objektif sekolah yang telah diasaskan dan diselaraskan kepada polisi Kementerian Pendidikan dan objektif Pendidikan Negeri dan negara.

1.2 Menentukan sasaran sekolah, merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, jadual waktu, penugasan guru dan sebagainya.

1.3 Menentukan kualiti volume kerja pelajar-pelajar dan pemeriksaan buku-buku pelajar.

1.4 Menentukan polisi-polisi mengenai ujian dan peperiksaan serta menggunakan data-data untuk perancangan dan tindakan susulan.

1.5 Menyelia poses pendidikan sama ada dalam bilik darjah, pemeriksaan buku rekod guru atau perbincangan dengan guru / JKS / PMP.

1.6 Memeriksa buku kemajuan pelajar, buku profil, buku kedatangan dan buku kegiatan kurikulum dari masa ke semasa.

1.7 Menentukan polisi untuk aktiviti ko-kurikulum.

1.8 Membaca dan meneliti laporan kegiatan ko-kurikulum serta memberi nasihat dan bimbingan kepada guru dan pelajar.

1.9 Mengajar sebilangan waktu.

2.0 PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID

2.1 Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin secara menyeluruh. Mengendalikan kes-kes disiplin yang dirujukkan oleh Badan Disiplin, berjumpa dengan ibubapa dan penjaga, PRS. K & K, guru ko-kurikulum dan sebagainya.

2.2 Melaksanakan projek-projek khas seperti PMP, menyelia dan menilai keberkesanannya.

3.0 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN (MANAGEMENT AND DEVELOPMENT)

3.1 MURID-MURID

3.1.1 Menyelia pendaftaran kemasukan dan pertukaran murid.

3.1.2 Menyelia buku jadual kedatangan murid.

3.1.3 Menyelia pemberian bantuan kepada murid-murid.

3.1.4 Menyelia Skim Pinjaman Buku Teks serta menentukan polisi dan senarai pelajar yang layak dan tidak layak.

3.1.5 Menentukan polisi berkaitan dengan peperiksaan awam seperti menentukan mata pelajaran yang akan diambil oleh murid.

3.1.6 Menyemak dan menandatangani sijil berhenti sekolah dan surat akuan.

3.1.7 Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna supaya wujud tahap kesihatan yang tinggi di kalangan murid.

3.1.8 Bertanggungjawab ke atas pembuangan dan penggantungan murid-murid.

3.1.9 Bertanggungjawab ke atas keselamatan murid di sekolah.

3.2 PENGURUSAN PERSONEL

3.2.1 Menentukan pendaftaran, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke dalam jawatan berpencen dan jenis cuti kakitangan sekolah.

3.2.3 Menolong kakitangan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.

3.2.3 Menentukan tugasan dan bidang kerja (development of staff) dan menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.

3.2.4 Mengambil tindakan / laporan tatatertib ke atas pegawai di bawah bidang kuasanya.

3.2.5 Menjaga kebajikan kakitangan.

3.3 KEWANGAN

3.3.1 Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji kakitangan, rekod akaun, laporan kewangan dan punca-punca kewangan suwa dan kerajaan.

3.3.2 Mengemas kini penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan membuat tindakan susulan ke atas laporan audit.

3.3.3 Mengawal stok-stok dan harta benda sekolah.

3.3.4 Mengawal perbelanjaan yang dibuat oleh semua bidang dan membuat anggaran perbelanjaan tahunan yang kos efektif.

3.4 KEMUDAHAN FIZIKAL

3.4.1 Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan baik.

3.4.2 Mempertingkatkan keceriaan dan kecantikan sekolah.

3.4.3 Menyelia dan menjaga kemudahan dan keselamatan bangunan sekolah.

3.4.4 Memastikan perabot sentiasa berada dalam keadaan baik dan membuat pengagihan yang berkesan.

3.4.5 Menyelia dan mengawal sistem pencegahan kebakaran.

3.4.6 Bertanggungjawab ke atas harta benda sekolah.

4.0 PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN DIRI (SYNERGY)

4.1 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman, perbincangan, berkongsi maklumat, merangsang budaya, mencari maklumat dan pengetahuan serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan diri.

4.2 Mengawal `learning experiences' dengan berdasarkan pemerhatian, data dan salinan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan `learning experiences' murid.

4.3 Melaksanakan kursus kesedaran dan pengunggulan kendiri guru.

4.4 Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pendidikan komuniti.

5.0 PEMBANGUNAN DIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)

5.1 Membaca makalah, buku-buku ikhtisas, pengurusan dan filosofi, menghadiri kursus, seminar, bengkel bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan sekerja.

5.2 Menjalankan kajian. Mengumpul data dan menghasilkan kaedah yang baru yang lebih berkesan.

5.3 Menerbit artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang ikhtisas.

2.0

DASAR & PANDUAN TUGAS

KECEMERLANGAN

KURIKULUM

CARTA ORGANISASI BIDANG KECEMERLANGAN KURIKULUM

PENGERUSI

EN. JAFRI BIN OTHMAN

(GURU BESAR)

PENTADBIRAN

 

NAIB PENGERUSI

(PK PENTADBIRAN)

 

KURIKULUM

 

PENGURUSAN KURIKULUM

 

SKPM / KPI

 

SETIAUSAHA

PN. MASLINA IZANI BT MD SAFAR

 

PENGURUSAN P&P

 

PENYELIAAN & PENCERAPAN

 

 

 

 

 

 

 

 

JADUAL WAKTU

 

PRASEKOLAH

 

PEMULIHAN DAN CELIK 3M

 

PRESTASI

GURU / STAF

 

PENGURUSAN PEJABAT

 

BEKALAN

 

BADAN KEBAJIKAN STAF

 

PROJEK KHAS

 

MBMMBI

 

LINUS

 

PBS

 

KECEMERLANGAN

AKADEMIK

 

DATA EMIS & SMM

 

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

 

KSSR

 

INVENTORI

 

LDP

 

KEWANGAN

 

PERANCANGAN / PEMBANGUNAN

 

DATA

GURU / STAF

 

PANITIA MATA PELAJARAN

 

PUSAT SUMBER

 

PERPUSTAKAAN

 

BILIK APD

 

BBM

 

 

KBAT

 

KELAS TAMBAHAN

 

BILIK-BILIK KHAS

                                                                                                                                     

PROTIM

 

 

 

 

BIDANG KECEMERLANGAN KURIKULUM

 

OBJEKTIF BIDANG  KURIKULUM:

 

  • MEMPASTIKAN PELAKSANAAN PdP YANG BERKUALITI, BERINOVASI DAN BERKREATIVITI, MEMENUHI KEPERLUAN STANDARD 4 SKPMg2
  • MEMPASTIKAN KUALITI PENGURUSAN PANITIA LEBIH BERMAKNA, BERFOKUS, EFEKTIF.DAN MENCAPAI KPI YANG DITETAPKAN
  • MENINGKATKAN KEUPAYAAN HEADCOUNT BAGI MEMASTIKAN INTERVENSI YANG DILAKSANAKAN MENEPATI KUMPULAN SASARAN.
  • MEMPASTIKAN LATIHAN MURID DISEMAK MENGIKUT KEPERLUAN  /NOTA MURID BERKUALITI DAN KUANTITI YANG MENCUKUPI.
  • MEMPASTIKAN AMALAN MEMBACA DI KALANGAN MURID BERADA PADA TAHAP OPTIMUM.

                                                              

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

Dasar Kurikulum  Sekolah Kebangsaan Sena adalah selaras dengan dasar Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

 

1.0 LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah bidang utama bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. Sekolah Kebangsaan Sena adalah  Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)  tersenarai antara 5 buah sekolah terbaik dalam negeri Perlis  bagi keputusan Peperiksaan UPSR 2016.

Menyedari hakikat mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang, suatu bentuk program yang terancang telah disusun mengikut perbezaan potensi dan kebolehan antara murid untuk menghasilkan impak yang maksima. Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan murid, bagi mencapai arah tuju pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Oleh yang demikian, sekolah perlu menyediakan satu dasar sebagai panduan bagi mencapai visi yang ditetapkan.


2.0  OBJEKTIF

 

Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
2.1  Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2  Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3  Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.0  DASAR

 

3.1  Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum

       yang merangkumi semua aspek pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur

       kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi diri dalam diri    

       murid dari aspek jasmani,rohani,mental dan emosi .
3.2  Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem  

       dan dasar pendidikan kebangsaan.
3.3  Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan 

       Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

3.4  Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan

       kurikulum semasa.
3.5  Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna

       sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk

       program akademik mestilah diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT

4.1  Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4)

       kali setahun mengikut standard piawaian KPM bagi membincangkan

       pengurusan dan pelaksanaan, masalah  dan isu-isu kurikulum di sekolah.

4.2  Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan di

       dalam Buku Pengurusan Kualiti Jabatan Pelajaran Perak atau PKPA 2/1991.

4.3  Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun dan minit

       mesyuarat mestilah  disediakan dalam tempoh seminggu.
4.3  Surat Panggilan Mesyuarat haruslah diedarkan kepada guru 3 hari sebelum

       tarikh mesyuarat.

4.4  Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat

      Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan

       pelaksanaannya dalam Mesyuarat Panitia dan maklumbalas yang sewajarnya

       mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa Kurikulum.

4.5  Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak

       terhadap pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan pihak

       Pentadbiran Sekolah beserta Ketua-ketua Panitia dipertanggungjawabkan

       sepenuhnya.

 

5.0  PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

 

5.1   Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling

        Iktisas Bil.4/1986 .

5.2   Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam,

        motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru

        di dalam kelas. Oleh itu semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan

        digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu,

        berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan

        dan keberkesanan pengajaran.

5.3   Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada

        TOV dan ETR dalam pengurusan prestasi mata pelajaran.

5.4   Semua panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-

        strategi pengajaran yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan

        kecenderungan para pelajar untuk belajar dengan lebih baik.

5.5  Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas

       mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir

       sebagai penasihat. Satu salinan minit  mesyuarat panitia hendaklah

       disampaikan kepada Guru Besar melalui Setiausaha Kurikulum.

5.6   Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit

       atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan

       dengan panitia sambil diselia oleh ketua panitia.

6.0  SISTEM FAIL


6.1   Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
6.2   Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail Rasmi –

        putih).
6.3   Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas

        mestilah di bawah pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran

        sekolah.

7.0  PAKEJ MATA PELAJARAN


7.1  Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) - Sepuluh ( 10 ) Mata Pelajaran.

7.2  Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) -Tiga belas ( 13 ) Mata Pelajaran.

8.0. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP),

       RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN RANCANGAN

       PELAJARAN HARIAN (RPH)


8.1  Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP), Rancangan Pelajaran

       Tahunan  ( RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ) adalah dokumen

        rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk oleh setiap guru apabila

       merancang proses pengajaran dan pembelajaran.

8.2  DSKP yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah

       diperoleh dan disimpan oleh setiap guru.

8.3  Satu salinan RPT dan DSKP  mestilah disimpan di dalam fail panitia.

8.4  Guru mestilah dapat menghayati ,mengenalpasti dan boleh menterjemahkan

       objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam DSKP  kepada objektif

       pentaksiran dan juga mempraktikkannya dalam proses pengajaran dan

       pembelajaran di dalam kelas,dengan itu setiap guru harus mahir tentang

       konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata-mata pelajaran yang diajar.

8.5  Salinan Rancangan Pelajaran Tahunan/DSP bagi setiap mata pelajaran yang

       diajar oleh guru yang telah disahkan oleh Guru Besar mestilah dilampirkan

       bersama di dalam Buku Rekod Mengajar .

8.6  Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar

       hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia

       bagi mata pelajaran masing-masing atau paling minimina mengikut pekeliling

       yang ditetapkan.

8.7  Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam

       Buku Rekod Mengajar sebelum masuk ke dalam kelas bagi tujuan pengajaran.

       Oleh itu, Buku Rekod Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk ke kelas

       setiap waktu pengajaran.

8.8  Ruangan impak haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk

       menilai tahap pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru

       bagi tujuan penambahbaikan pada masa hadapan.
8.9  Buku Rekod Mengajar mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah

        setiap hari Jumaat persekolahan minggu berkenaan untuk disemak dan

        disahkan.
8.10 Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali

        masuk ke kelas.
8.11 Setiap guru mestilah menghabiskan Sukatan Pelajaran/DSK sebelum bulan

        Oktober setiap tahun.
8.12 Pendidikan Bestari – Kaedah pengajaran hendaklah terarah kepada student

        centered /  berpusatkan murid dan menggunakan ABM serta kemudahan ICT

        yang disediakan. Kualiti pengajaran guru haruslah dipertingkatkan dengan

        guru juga harus menguasai kaedah-kaedah terkini pengajaran yang didedah-

        kan setiap masa melalui aktiviti perkembangan staf.

 

9.0  JADUAL WAKTU


9.1   Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996.
9.2   Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah

        dengan persetujuan dalam mesyuarat kurikulum.
9.3   Dasar pengagihan mata pelajaran ,keutamaan diberikan kepada guru opsyen

        dan  kepakaran guru.
9.4   Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil.

9.5   Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 33  waktu seminggu

9.6   Kelas Komputer untuk mata pelajaran teras diwujudkan setiap minggu dan

        jadual penggunaan makmal komputer turut disediakan.

9.7   Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti

        rehat ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan

        Jadual Waktu Guru Ganti . Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul

        Kelas Ganti yang akan digunakan oleh pelajar  semasa Jadual Waktu Ganti

        tersebut .Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan dijalankan oleh guru ganti

        yang terpilih.

9.8   Jadual  Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan

        oleh Pihak Pentadbiran Sekolah bersama ahli Jawatankuasa Jadual Waktu Ganti.

9.9   Jadual Waktu penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh guru

        pengawas Bilik-bilik Khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah

        siap.Satu salinan jadual mestilah diserahkankan kepada pihak pentadbiran

        sekolah dan guru-guru mata pelajaran terlibat. Bilik-Bilik khas yang terlibat untuk

        proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal 

        Komputer, Makmal Sains, Bengkel RBT/TMK, Surau, Bilik Program J-Qaf,

        Bilik Pendidikan Seni, Bilik Tayangan dan Pusat Akses.

9.10  Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses

        pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran

        kendiri pelajar dalam meningkatkan ketrampilan dan potensi  diri murid-murid.

        Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber oleh Guru Penyelaras

        Media mestilah mempunyai hala tuju ke arah tersebut  dan semua Guru Penolong 

        Kanan beserta ketua - ketua panitia adalah tertakluk kepada perancangan tersebut  

        dan perlu memainkan peranan masing-masing dengan baik.

10.0  PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(PdP)

10.1    Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah

          Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik

          Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan

          Standard. Dalah diharap dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap

          dan tepat kepada guru.

10.2   Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan

          berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

          (TMK) atau (ICT).

10.3   Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang

          berkemahiran dalam ICT. Oleh itu penggunaan peralatan ICT adalah amat

          digalakkan dan menjadi keutamaan di dalam menyokong pengajaran dan

          pembelajaran di dalam bilik darjah  dengan bantuan Bahan Bantu Mengajar

          yang lain.

10.4   Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu  dan

          Bahasa Inggeris selaras dengan dasar baru Kementerian Pelajaran iaitu

          MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Bahasa

          Inggeris.

10.4   Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam

          Proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan

          guru,seterusnya meningkatkan ketrampilan murid dan pada masa yang sama

          meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam . Ini adalah kerana

          pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.

10.5   Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru

          mata pelajaran , pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran

          dan pembelajaran berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran,

          penglibatan dan daya tumpuan pelajar di dalam kelas .

10.6   Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah

          menggabungkan pelbagai kaedah dan kemahiran berdasarkan aras kebolehan

          murid. Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha meningkatkan

          kecemerlangan murid. oleh Guru Penyelaras Media mestilah mempunyai hala

          tuju ke arah tersebut  dan semua guru penolong  kanan beserta ketua - ketua

          panitia adalah tertakluk kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan

          peranan masing-masing dengan baik.

10.7   Guru matapelajaran  dan ketua panitia mestilah sentiasa memantau prestasi

          pencapaian mata pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan  oleh

          sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran

          tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’ mestilah menjadi

          amalan dan kelaziman  bagi setiap orang guru .

10.8   Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pembelajaran dan

          pembelajaran di luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara

          berterusan.

10.9   Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan

          budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber

          pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu.Murid-murid juga digalakkan

          belajar melalui Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ).

10.10  Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan- soalan

          bercapah ataupun KBAT /HOTS ( High Order Thinking Skills )

11.0    GURU GANTI


11.1    Mana-mana guru yang berkursus,bercuti sakit atau  Cuti Rehat Khas yang

           diluluskan perlu memaklumkan kepada Guru Besar atau pihak pentadbiran

           sekolah lebih awal untul disediakan guru ganti bagi kelas guru tersebut.
11.2    Guru yang dipanggil berkursus atau menjalankan tugas rasmi di luar, perlu

           menyediakan bahan pengajaran untuk kelas yang ditinggalkan.

11.3    Guru yang terpilih menggantikan kelas haruslah masuk ke kelas seperti yang

           telah diarahkan.

12.0    PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN


12.1    
Pentaksiran Standard Prestasi KSSR/PKSR  - 4 kali setahun
12.2    Percubaan UPSR

12.3   Semua urusan peperiksaan yang dijalankan haruslah menepati prinsip ekuiti

          dalam pendidikan

12.4    Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi

          peperiksaan yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996.

12.5    Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan

          pentaksiran berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif.

12.6   Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan

          prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling

           Peperiksaan peringkat sekolahBil 02/2008 – pindaan ( rujuk lampiran kurikulum

           4) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan ujian seragam setahun,

          dasar peratusan markah untuk semua tahun, format peperiksaan, jadual

          pengawasan,rekod markah,syarat lulus,jadual spesifikasi ujian,’content skill’

          dan post mortem peperiksaan menggunakan program yang telah ditetapkan .

12.7    Jawatankuasa  ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk

          menguruskan semua data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan

          mengkaji ’take off value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi peperiksaan awam.

12.8   Format Peperiksaan


          12.8.1   Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar dan ditetapkan dalam

               mesyuarat panitia.
  12.8.2   PKSR – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar dan ditetapkan

               dalam mesyuarat panitia .
 12.8.3     Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam bagi tahap 2,

               manakala bagi tahap 1 peruntukan masa mengikut kesesuaian soalan.
 12.8.4    Format – Mengikut format soalan kertas peperiksaan awam bagi murid-

               murid tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6 serta tahap 1 iaitu bagi murid-murid

               tahun 1, 2 dan 3.

12.8.5     Murid tahun 1 hingga 6 yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah

               Rendah (KSSR), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) perlu dinilai

               sepanjang PdP dijalankan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

12.9  Jadual Pengawasan


12.9.1   Ujian diadakan serentak ikut bilangan hari yang sesuai bagi semua tahun.
12.9.2   Jadual pengawasan mengikut jadual waktu biasa PdP.
12.9.3   Masa : mengikut keperluan peperiksaan.

12.10  Rekod Markah


12.10.1  Markah Peperiksaan dimasukkan dalam komputer melalui sistem

              Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

12.10.2  Laporan prestasi mata pelajaran murid-murid diserahkan kepada ibu

              bapa untuk ditandatangani dan perbincangan tentang prestasi mata

              pelajaran murid-murid  diadakan semasa  Hari Terbuka Sekolah

              yang dijalankan selepas peperiksaan.

 

12.11  Julat Gred Markah Sekolah


12.11.1  Semua murid (Tahun 1 hingga 6) - mengikut keputusan

              jawatankuasa Kurikulum dan gred yang telah ditetapkan iaitu:

    85 - 100 markah : Gred A

    70 -  84  markah : Gred B

    60 -  69  markah : Gred C

    50 -  59 markah : Gred D

    40 -  49 markah : Gred E

    01 - 39 markah  : Gred F

    00 – Tidak Hadir

  • Jika semua mata pelajaran mendapat gred E masih dikira

      menguasai (LULUS) tetapi jika ada walau 1 mata pelajaran

      mendapat gred F maka keputusannya dikira tidak menguasai

      (GAGAL).

12.12 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


12.12.1   Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan

               JSU mengikut tahap kesukaran yang logik untuk para pelajar.
12.12.2   JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian

               berikutnya.
12.12.3  Bagi soalan objektif, analisis item melalui Program SP Chart mesti

                             disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan.
12.12.4  Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia atau Penolong Kanan        

                           Pentadbiran sebelum dicetak.

 12.13 Post-mortem Untuk Peperiksaan


12.13.1  Post Mortem secara bertulis harus disediakan oleh Ketua Panitia bagi mata

              pelajaran masing- masing setiap kali peperiksaan dijalankan.
12.13.2  Kekuatan dan kelemahan soalan mahupun masalah murid-murid hendaklah

              dikenal pasti bagi tujuan pemulihan dan pengukuhan.

12.13.3  Semua guru diminta mengisi borang  seperti yang ditetapkan oleh pihak

              sekolah dan diserahkan kepada PK Pentadbiran.

13.0 PEMANTAUAN


13.1   Pembelajaran dan Pengajaran:

13.1.1  Pengajaran dan Pembelajaran Guru / murid di bilik darjah akan

            dicerap dua kali dalam setahun secara rasmi.

13.1.2 Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan

           untuk menyusun jadual barisan pentadbir dan ketua-ketua panitia

           untuk menyelia dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan

           keberkesanan program-program sekolah yang telah dirancang.

13.1.3 Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan

          untuk meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan

           bukan mencari kesalahan.Oleh itu adalah penting guru tidak membuat

          ’judgement statement ’ tetapi mestilah

13.1.4 Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerap untuk menetapkan

                      tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap mengikut budi bicara.

13.2  Pengurusan Panitia

13.2.1  Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan

            Guru Kanan Pentadbiran.
13.2.2  Penolong kanan akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang  tahun.
13.2.3  Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di pejabat.
13.2.4  Semua panitia perlu mem buat Pelan Perancangan Strategik, Pelan                                                                                                                                       

Taktikal,dan Pelan Operasi.
13.2.5  Semua Panitia mesti menentukan sasaran kelulusan peperiksaan

            setiap tahun berdasarkan TOV,ETR dan headcount murid.

13.2.6  Pentadbiran sekolah  perlu memastikan panitia membelanjakan peruntukan            

                                  PCG  secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

13.3  Peperiksaan dan Penilaian

13.3.1  Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu

            Guru Besar dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.
13.3.2  Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk

            seperti dalam senarai tugas tahunan.

 

13.4  Bilik-bilik Khas

13.4.1  Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang

            bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
13.4.2  Penyeliaan adalah untuk bilik-bilik seperti berikut :

Bilik Mesyuarat
Bilik Tayangan
Pusat Sumber
Bilik MAC ( Mathematic Access Centre)

Bilik OSS
Stor-stor yang telah dikhaskan

Bilik Program J-Qaf

Surau
Makmal Komputer
Bilik SPBT
Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Bengkel Kemahiran Hidup.
Makmal Sains
Bilik Pengawas/ PPDa
Bilik Bahan Bantu Mengajar

Studio

13.4.3  Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa

            bilik-bilik khas ini mestilah diwujudkan.
13.4.4  Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap

            masa.

13.4.5  Semua bilik-bilik khas perlu ada peraturan keselamatan dan pelan

            laluan kecemasan.

13.5 Jawatankuasa Pemantauan

13.5.1 Guru Besar.
13.5.2 Guru-guru Penolong Kanan                                                                       13.5.3 Ketua Panitia dan Penyelaras yang dilantik

13.6 Penyediaan Buku Latihan Murid

13.6.1 Tugasan dan buku latihan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan

           2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
13.6.2  Semua guru akan menyerahkan semua buku murid mengikut jumlah

            bilangan murid di dalam setiap kelas yang diajar untuk semakan pihak

            pentadbiran sekolah.
13.6.3  Semua guru akan menyerahkan buku latihan murid mengikut kelas

            yang diajar mengikut Jadual Semakan Buku Latihan  kepada Guru

            Besar/PK Pentadbiran/ PK HEM/PK KOK untuk semakan.

14.0  ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA


14.1  Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat

         Kewangan Sekolah. Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian

         buku dan peralatan bahan bantu mengajar kepada Penolong Kanan

         Pentadbiran dengan mengisi borang Nota Minta.
14.2  Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti

         mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

14.3  5-10% peruntukan untuk tahun semasa perlu dirizab untuk pembelian ABM

         bagi kegunaan awal tahun berikutnya.

14.4  Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang

         ada.

15.0  PENGGUNAAN BUKU TEKS,BUKU KERJA,BUKU LATIHAN, PUSAT

         SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN


15.1   Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh

          setiap pelajar dan guru-guru bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata

          pelajaran. Maklumat dan pengetahuan asas dalam topik-topik hendaklah

          ditegaskan kepada pelajar.

15.2  Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan

         Buku Teks dan mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 2 Oktober 1991.
15.3  Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh

         guru bertanggungjawab dan dibantu oleh Pengawas SPBT.

15.4  Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

         Sains selaras denganSPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989. Buku Rekod Amali

         Imengandungi halaman yang bergaris dan halaman yang kosong yang

         digunakan untuk merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian, dan

         kesimpulan apabila pelajar menjalankan kajian atau eksperimen.Halaman yang

         kosong boleh digunakan untuk melukis gambarajah ,graf dan

         sebagainya. Penggunaan buku ini dapat memperkembang kemahiran saintifik

         dan kemahiran komunikasi murid dalam bentuk penulisan .

15.5   Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam

         kelas ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan Pengajaran dan

         Pembelajaran di dalam bilik darjah.Guru mata pelajaran mestilah memastikan

         pelajar-pelajar  membuat latihan ini dan disemak mengikut tempoh  yang telah

         ditetapkan .

15.6   Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan

          panitia atau guru terlibat mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan   

          mengenalpasti masalah yang  menyebabkan perkara tersebut berlaku serta    

          mengambil tindakan susulan.Pelajar yang melaksanakan tugasan dengan    cemerlang  

          mestilah dihargai dengan apa juga cara yang tela  dibincangkan dalam mesyuarat  

          panitia .

15.7  Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat

         panitia.

 

16.0  LATIHAN MINIMUM

 

16.1 Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan

        proses pengkayaan dalam topik-topik yang diajar.Oleh itu latihan minimum

        yang disasarkan mestilah dilaksanakan oleh semua murid dan disemak oleh

        semua guru matapelajaran.

16.2  Jumlah latihan minimum mata pelajaran telah diputuskan dan diterima di dalam

        mesyuarat panitia pertama setiap tahun.

16.3  Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana dan

        tinggi  mengikut tahap kebolehan murid-murid.

 

17.0  PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN


17.1  PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata pelajaran

         Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk Program NILAM.
17.2  Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir

         digalakkan membawa ketrampilan diri serta sahsiah murid.

18.0   JAWATAN KUASA KECEMERLANGAN AKADEMIK

18.1  Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik merupakan nadi yang membantu

        semua panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik  di

        peringkat sekolah.

18.2  Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah dapat membantu murid

        mengingat dan menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik mata

        pelajaran ,menajamkan kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras

        kognitif tinggi boleh dikuasai,dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi

        murid-murid terutamanya melalui penulisan,meningkatkan penguasaan dan

         pemerolehan ilmu pengetahuan,meningkatkan motivasi dan minat murid-murid

        untuk terus belajar .

18.3  Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama

         adalah program yang meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

         pembelajaran di dalam kelas dan pada masa yang sama dapat meningkatkan

         ketrampilan diri murid-murid. Dilaksanakan sepanjang tahun dengan

         bimbingan guru.Manakala program jangka pendek adalah program-program

         yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid

         untuk peperiksaan awam yang lebih berfokus kepada latihtubi, pendedahan

         teknik dan ’practice make perfect ’ .

18.4   Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan

          keberkesanan dan kelancaran Program Kecemerlangan  Akademik .

18.5  Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas

         cadangan yang relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak

         program kepada  Jawatankuasa  Kurikulum Sekolah.

18.6  Semua program utama yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan

         Pembelajaran berdasarkan keperluan panitia.

18.7  Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik

         yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.

18.8  Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi yang akan membantu

         semua Panitia dalam merancang dan melaksana program peningkatan

         akademik.
18.9  Penglibatan HEM dan Unit Bimbingan Kaunseling adalah wajib bagi

         penyelarasan dan kelancaran Program Peningkatan Akademik.

19.0 PERKEMBANGAN STAF


19.1   Kursus Dalaman

19.1.1  Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat

            ringkas kepada Guru Besar /Penolong Kanan Pentadbiran apabila

            pulang berkursus dengan menggunakan format minit curai.
19.1.2  Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut

            keperluan dan budi bicara Pengetua / Penolong Kanan apabila

            dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
19.1.3  Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya

                      perlu.

19.2  Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi


19.2. :  Dilaksanakan bagi mematuhi pekeliling perkhidmatan bil. 7 2003.

            Setiap kakitangan awam wajib menghadiri kursus sekurang-kurangnya

            7 hari / 42 jam setahun

 

 

20.0 SASARAN PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN


20.1   UPSR - Semua murid lulus setiap mata pelajaran ( Sekurang-kurangnya

          dengan pangkat  C).
20.2   Sasaran 8 orang murid untuk pencapaian 6A dalam UPSR.
20.3   Peperiksaan Dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.

 

 

21.0  PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR BIDANG AKADEMIK


21.1  Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan luar bidang akademik di

         peringkat Pusat Kecemerlangan Pendidikan (PKP), Neger, Kebangsaan dan

         Antarabangsa.
21.2  Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam

         pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan

         nama sekolah.

 

22.0  PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM


22.1  Penentuan dasar kurikulum yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga

         berlaku perubahan dalam pendidikan negara .
22.2: Perubahan dasar kurikulum boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut

         keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum

         dan perubahannya adalah selari dengan dasar kurikulum kebangsaan.

 

23.0  PENGANUGERAHAN

 

23.1: Bagi memberi galakan dan motivasi kepada semua murid sentiasa berusaha

         mencapai kecemerlangan dan peningkatan, sistem penganugerahan kurikulum

         perlu diadakan bagi kategori seperti berikut :-

24.1.1 Pelajar Terbaik Keseluruhan

24.1.2 Kedudukan tiga pelajar terbaik di dalam kelas.

24.1.3.Hadiah Terbaik Mata Pelajaran

24.1.4.Hadiah Galakan Peningkatan Pencapaian Keseluruhan

24.1.5 Hadiah Galakan Peningkatan Pencapaian Mata Pelajaran

24.1.6 Anugerah NILAM

24.1.7 Tokoh Murid

24.1.8.Hadiah Galakan ikut kesesuaian.

23.2   Penganugerahan ini disampaikan semasa Hari Anugerah Kecemerlangan

          Akademik, Perhimpunan Rasmi sekolah dan acara perhimpunan lain mengikut   

          kesesuaian.

INSTRUMEN RUJUKAN PENCERAPAN

NO. ASPEK

ASPEK

KRITERIA KRITIKAL

1

Penglibatan Murid

Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.

2

Penguasaan pembelajaran murid

Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang ditetapkan.

3

Hasil Kerja Murid

Hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran.

4

Perancangan dan persediaan guru

Perancangan dan persediaan yang rapi meningkatkan keberkesanan pengajaran.

5

Kaedah penyampaian

Kaedah penyampaian yang sesuai meningkatkan pencapaian objektif pelajaran.

6

Kemahiran komunikasi

Komunikasi berkesan memudahkan pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid.

7

Penggunaan sumber pendidikan

Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan membantu mengukuhkan pembelajaran murid.

8

Penilaian

Penilaian yang berterusan meningkatkan keberkesanan P&P.

9

Teknik penyoalan

Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman murid.

10

Penguasaan isi kandungan

Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat.

11

Pengurusan kelas (bilik darjah/ makmal/ bengkel / padang)

Pengurusan kelas yang cekap mewujudkan suasana yang kondusif untuk keberkesanan P&P.

12

Amalan profesionalisme keguruan

Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.

       RUJUKAN  :  SKPM (STANDARD 4)

AGENDA MESYUARAT KURIKULUM 2017

 

AGENDA MESYUARAT BIL.1/2017 (AWAL SESI PERSEKOLAHAN)

  • Dasar Kurikulum – Pekeliling terkini.
  • KPI kurikulum.
  • DSKP, RPT dan RPH.
  • Persediaan Rekod Mengajar.
  • Pengajaran dan Pembelajaran/DLP/LINUS 2.0
  • Bahan Bantu Mengajar.
  • Pemulihan dan Pengayaan.
  • Penilaian dan Peperiksaan (TOV&ETR)/PBS
  • Program Peningkatan Akademik.
  • Analisis Peperiksaan dan Tindakan Susulan.
  • Pemantauan dan Pencerapan (SKPM – Standard 4)
  • Pusat Sumber Sekolah dan ICT.

AGENDA MESYUARAT BIL.2/2017 (SUKU PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN)

  • Analisis Peperiksaan 1
  • Perancangan dan Persediaan untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun.
  • Pelaporan daripada setiap ahli – Status Pencapaian/Pelaksanaan Program.
  • Tindakan Susulan/Penambahbaikan.
  • Pekeliling-pekeliling terkini.

AGENDA MESYUARAT BIL.3/2017 (SELEPAS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN)

  • Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun (Peperiksaan 2).
  • Persediaan/Perancangan untuk Peperiksaan Percubaan/Peperiksaan Awam/Akhir Tahun.
  • Pelaporan daripada setiap ahli – Status Pencapaian/Pelaksanaan Program.
  • Tindakan Susulan/Penambahbaikan.
  • Pekeliling-pekeliling terkini.

AGENDA MESYUARAT BIL.4/2017 (AKHIR TAHUN)

  • Semakan program/akitiviti sepanjang tahun/laporan bertulis.
  • Perancangan tahun berikutnya.
  • Perancangan Program Peningkatan Akademik tahun berikutnya.
  • Semakan stok,pelupusan dan hapuskira.
  • Semakan tugas sebelum cuti akhir tahun.

3.0

DASAR & PANDUAN TUGAS KECEMERLANGAN

HAL EHWAL MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

01000 KANGAR, PERLIS

CARTA ORGANISASI BIDANG KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID

PENGERUSI

EN. JAFRI BIN OTHMAN

(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI

PN.JANNYAH @ IDA BT JAAFAR

(PK HEM )

 

KWAPM/e-KASIH

 

BIMBINGAN & KAUNSELING

 

SETIAUSAHA

PN. HARYANTI BT.HASSAN

 

PENCEGAHAN DADAH / PPDa

 

 

 

 

 

 

 

 

PROGRAM KHAS KPM/JPN

 

PIBK

 

DISIPLIN & PENGAWAS

 

SPBT

 

KANTIN

 

PENDAFTARAN/ REKOD / DATA

 

RMT/ PS1M

 

DOKTOR MUDA

 

3K

KEBERSIHAN

KESELAMATAN

KEBAJIKAN

 

 

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

01000 KANGAR, PERLIS

OBJEKTIF BIDANG HAL EHWAL MURID

  1. MEMASTIKAN BANTUAN DIBERI KEPADA MURID YANG LAYAK MENERIMANYA SERTA MENDAPAT KHIDMAT KEBAJIKAN MENGIKUT KEPERLUAN.
  1. MEMASTIKAN MURID BERADA DALAM KEADAAN SELAMAT, SELESA DAN HARMONI SEMASA BERADA DI SEKOLAH.
  1. MEMASTIKAN SEMUA MURID DAPAT MEMPERKEMBANGKAN POTENSI DAN KEBOLEHAN KE TAHAP MAKSIMA.
  1. MEMASTIKAN MURID MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN NILAI MURNI, DISIPLIN KENDIRI, BERBUDAYA POSITIF SERTA BERKETRAMPILAN.

       

  1. MEMASTIKAN KEHADIRAN MURID PADA TAHAP 96%                   

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

01000 KANGAR, PERLIS

BIDANG KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID

DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

Dasar Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Sena

Adalah selaras dengan dasar Hal Ehwal Murid

Kementerian Pendidikan Malaysia

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

1.1       Semua guru sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua kepada semua murid.

1.2       Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat.

1.3       Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa dan kasih sayang.

DASAR 2 : KEMASUKAN MURID

2.1       Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan.

2.2       Setiap kemasukan murid perlu disertakan dengan dokumen yang lengkap.

2.3       Setiap maklumat murid akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dank e dalam Sistem Aplikasi Pengakalan Data Murid (APDM).

2.4       Setiap murid akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.

DASAR 3 : DISIPLIN MURID

3.1       Setiap murid diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah” pada setiap masa.

3.2       Murid yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.

3.3       Ibubapa atau penjaga murid yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin akan dipanggil untuk hadir ke sekolah.

3.4       Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat dan Bimbingan” dalam menangani permasalahan disiplin murid.

3.5       Ibu bapa atu penjaga kepada murid yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah.

3.6       Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira ponteng sekolah.

DASAR 4 : KESELAMATAN MURID

4.1       Keselamatan murid akan sentiasa diawasi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan.

4.2       Ibu bapa atau penjaga,  yang ingin membawa murid keluar perlu menulis nama di dalam Buku Kebenaran Keluar yang terletak di pejabat.

4.3       Semua murid dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.

DASAR 5 : KESIHATAN MURID

5.1       Sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik melalui program-program yang dirancang seperti :

            -           Pemeriksaan gigi dan mata

            -           Pemeriksaan Kesihatan

            -           Program RMT

            -           Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

            -           Ceramah dan kempen

5.2       Mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid daripada ibubapa/penjaga.

5.3       Penjaga akan dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.

5.4       Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes kronik.

5.5       Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.

DASAR 6 : KEBAJIKAN MURID

6.1       Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.

6.2       Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada murid di sekolah ini.

6.3       Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga maruah murid tersebut.

4.0

DASAR & PANDUAN TUGAS

KECEMERLANGAN

KOKURIKULUM

 

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

01000 KANGAR, PERLIS.

 

STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM

 

PENGERUSI

GURU BESAR

 

NAIB PENGERUSI

PK KOKURIKULUM

 

PERSATUAN/KELAB

 

BADAN BERUNIFORM

 

OLAHRAGA

 

RUMAH SUKAN

 

KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

 

LAWATAN

 

PROJEK KHAS

 

PENGAKAP

 

PUTERI ISLAM

 

PANDU PUTERI TUNAS

 

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

 

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

 

PENYELIAAN FIZIKAL SEKOLAH

 

SETIAUSAHA

CIK NORISHAH HASSAN

 

PENTADBIRAN

 

MSSPs/MSSM

 

PKP KANGAR

 

PERSATUAN B.MELAYU

 

PERSATUAN B.INGGERIS

 

PERSATUAN SAINS

 

PERSATUAN MATEMATIK

 

PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM

 

KELAB SENI KREATIF

 

KELAB REKA CIPTA

 

KELAB RUKUNEGARA

 

KELAB PENCINTA ALAM

 

KELAB DOKTOR MUDA

 

KELAB SPBT

 

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

 

KELAB ANGKLUNG

 

KELAB KKJR

 

KELAB MEDIA SENA

 

DELIMA

 

NILAM

 

MUTIARA

 

ZAMRUD

 

INTAN

 

BERLIAN

 

PERMAINAN

 

BOLA SEPAK

 

BOLA JARING

 

BOLA BALING

 

BOLA TAMPAR

 

SEPAK TAKRAW

 

HOKI

 

PERMAINAN KHAS

 

CATUR

 

PENYELIAAN PEKERJA SWASTA

 

PROTOKOL DAN HUBUNGAN LUAR

 

 

 

 

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

01000 KANGAR, PERLIS.

OBJEKTIF BIDANG  KOKURIKULUM

 

  1. MEWAJIBKAN MURID TAHUN 3 HINGGA TAHUN 6 MENYERTAI SATU PASUKAN BADAN BERUNIFORM, SATU KELAB DAN PERSATUAN SERTA SATU KELAB SUKAN PERMAINAN YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK SEKOLAH.
  1. MEMBENTUK MURID MENJADI INSAN YANG SEIMBANG DARI SEGI JASMANI, EMOSI, ROHANI, INTELEK DAN JUGA SOSIAL MELALUI AKTIVITI DAN PROGRAM BADAN BERUNIFORM, KELAB DAN PERSATUAN SERTA SUKAN DAN PERMAINAN.
  1. MEMASTIKAN DASAR 1 MURID 1 SUKAN  DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN BERKESAN.
  1. MEMASTIKAN SEKURANG-KURANGNYA 60% MURID TERLIBAT DALAM PROGRAM DAN AKTIVITI DI PERINGKAT PKP KANGAR, NEGERI, KEBANGSAAN DAN JUGA ANTARABANGSA.
  1. MEMBUDAYAKAN PEMIKIRAN INOVATIF & KREATIF MELALUI PENGLIBATAN DALAM KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN SENA

01000 KANGAR, PERLIS.

Dasar Kokurikulum  Sekolah Kebangsaan Sena adalah selaras dengan dasar Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

DASAR KOKURIKULUM

Dasar Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sena adalah selaras dengan Dasar Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu:

  1. Kegiatan Kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, emosi dan juga social serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
  1. Penyertaan murid badi Tahun 3 hingga Tahun 6 adalah wajib. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan kelab atau persatuan dan satu kegiatan sukan dan permainan.
  1. Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan merupakan kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dlam bilik darjah yang member peluang kepada murid menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.
  1. Mewujudkan peluang kepada murid mengembangkan bakat, potensi diri masing-masing dalam bidang kokurikulum yang diminati oleh mereka ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Murid diberi peluang memperagakan bakat dan kecemerlangan masing-masing kepada masyarakat awam.
  1. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang memberi sumbangan kepada sekolah.

TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN / PENASIHAT

1.         Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa

2.         Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan

3.         Memastikan setiap aktiviti selaras dengan objektif sekolah

4.         Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti dalam Perlembagaan

5.         Merancang aktiviti Tahunan untuk kepentingan ahli

6.         Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan

7.         Merancang strategi peningkatan pencapaian

8.         Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda / peralatan diurus dengan baik

9.         Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan

10.       Mendaftar keahlian  dengan badan induk

11.       Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli

12.       Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah / kawasan / negeri / kebangsaan dengan baik dan berkesan

13.       Mengiringi ahli-ahli ke setiap aktiviti lawatan atau projek yang dijalankan

14.       Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli

15.       Menandatangani Buku Kehadiran Ahli

16.       Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili

17.       Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya

18.       Memastikan tidak ada unsur subsersif tersebar di kalangan ahli

19.       Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah

20.       Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program

21.       Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers